Friday, April 1, 2011

Kenapa student tak lulus peksa?


Kalau kita tengok dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa tu bila dia tak lulus ujian sebab camna nak lulus kalau belajar pun dia tidak sempat. tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik. Mari kita kira!   
  • Hari minggu 52 hari dalam setahun. anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. baki tinggal 313 hari.   
  • Hari cuti umum lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, contohnya cuti tahun baru, hari raya, dan lain-lain. baki tinggal 283 hari.     
  • Cuti Semester semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari. baki tinggal 223. 
  • Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan so 120 hari digunakan untuk tidur. baki tinggal 103 hari.   
  • Beribadat paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita try budget 8 hari dalam setahun. baki tinggal 95 hari.   
  • Bermain hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan dan semestinya paling tidak memerlukan 1 jam sehari. dah gunakan lagi 15 hari. baki hari tinggal 80.   
  • Makan : sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum, hilang lagi 15 hari. baki tinggal 65 hari.   
  • Berborak jangan lupakan, kita manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. bayangkan kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. baki tinggal 50 hari.   
  • Sakit. manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. baki tinggal 45 hari.   
  • Exam-exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam. baki tinggal 21 hari.   
  • Refreshing untuk menyegarkan fikiran. refreshing itu perlu. tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. baki tinggal 16 hari.   
  • Surfing internet. zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isu hangat . kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun so tinggallah satu hari setahun.   
  • Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!!




notakakilima: kalau dah malas tu macam-macam alasan la boleh bagi. yang pastinya bukan aku. hehe

2 comments:

F@R@H@Ny F@ThIL said...

lau pk kan blik mang de logik yer sume diatas..

Nurul Shaheedah said...

hahahaha. bengong kau! takyah belajo la cmni eik. ekekeke