Thursday, June 30, 2011

Kenapa blog famous tak de shoutbox

Assalamualaikum.

Tahukah anda apa itu shoutbox? yang pastinya shoutbox tidak ada dijual di pasar-pasar malam mahupun giant atau tesco. kalau tak caya bolehlah try tanya.

Ok, back to main topic. kalau korang perasan la kan kebanyakan blogger-blogger famous tak pasang shoutbox kat blog diorang. kenapa ye? blog aku ada la. nampak benor tak famousnye. T_T

Sebenarnya la kan. bukan alasan gak. kalau dah famous je mesti kena buang shoutbox. pergh memang bikin orang sentap la kan? benda ni terpulang kat individu masing-masing gak. tepuk dada tanya selera. hari ni makan menu apa?


Antara alasan blogger tak pasang shoutbox ialah :

  • shoutbox ni akan buat blog lambat loading. dalam bahasa yang lebih mudah lagi. blog jadi berat.
  • malas nak layan cik anon. maki hamun dia panas. terbaik dari ladang wa cakap sama lu. tak sanggup nak layan.
  • blogger lebih mementingkan entry berbanding hiasan kat blog. blog cantik-cantik pun nak buat apa kalau entry sampah. opss.

Ok rasanya cukup kot alasan tu. apapun ada jugak blogger famous pasang shoutbox kat blog contohnya macam Fatin Liyana ngan Zack Zukhairi.

sumber : Google











notakakilima: selalu tengok blogger famous kena maki kat shoutbox. sabor je la eh.

Monday, June 27, 2011

Harapkan pokok, kena makan pokok

Assalamualaikum.

Meh sini bulatkan bijik mata korang tengok gambar pokok yang tengah kelaparan. ingatkan pagar je boleh makan padi rupanya pokok lagi banyak benda dia boleh makan. apa benda aku merepek ni? tak caya tengok la.
  • lokasi : belakang rumah aku. ok tipu. 


Selalu tengok orang je makan jalan orang lain tapi kali ni kita tengok pokok pulak makan signboard jalan. ce cite. ce cite.
Nasib baik masa ni tak ada orang tengah tunggang basikal ni kalau tak confirm kena telan sekali.






notakakilima: lepas ni boleh ajak pokok makan nasi sama-sama.

Saturday, June 25, 2011

Pau babi

Assalamualaikum.

Tajuk macam haram je tapi sempat pulak nak bagi salam dulu. tak pe salam tu sunat tapi jawab salam tu wajib. so apa lagi jawab la.

Baru-baru ni aku kerja kat hentian rehat ataupun lebih ringkas lagi disebut sebagai r & r setelah gagal dalam kerja kilang (sempat kerja sehari je). nak tahu cerita baca sini

Benda ni jadi pagi tadi masa aku tengah kerja. al-kisahnya.

Tengah aku khuyuk tengok budak kedai sebelah susun-susun pau tiba-tiba datang seorang uncle cina ni kat kitorang.
"Halo adik, sini ada jual itu pau babi ka?" "
 "Sory uncle sini jual semua pau halal saja" 
"Oh itu macam ka? tak pa-tak pa bagi pau kacang satu"


(dialog tidak di ubah) 





ni pau kacang kot.





notakakilima: ingat kedai makan cina apa nak jual pau daging babi. haiya uncle.

Thursday, June 23, 2011

Be positive!

Peace be upon you guys.
  • Dance, as though no one is watching you
  • Love, as though you have never been hurt before
  • Sing, as though no one can hear you
  • Live, as though heaven is on earth
  • Never hold back, never hesitate. always go for it all, and sometimes just be a dumbass  and do something stupid. learn from your mistake and don't waste a minute.
  • Experience is what you get when you don't stop trying




notakakilima: tiba-tiba semangat jadi berkobar-kobar. nak bancuh milo kejap. babai.

Monday, June 6, 2011

Blogging pun boleh kaya

Assalamualaikum.

Sebelum tu baca SINI.


Best kan jadi macam cik epal? no wonder la dia selalu kena hentam dengan blogger lain. biasa la hasad dengki. semua orang pun ada perasaan tu. tapi bagi aku tu rezeki dia. semua orang ada rezeki masing-masing. ye tak?

Aku ada baca kata-kata dari Hamka. kalau tak silap aku camni la.

" Keinginan kepada harta tidak terbatas, padahal hidup sendiri terbatas. kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai mati dia tidak akan merasa puas dengan apa yang dia ada. "   
(Hamka)

Eh macam dah lari tajuk pulak aku nie. hehe.

Bila fikir balik kalau aku grad nanti pun gaji aku bulan-bulan pun paling tinggi boleh dapat RM2000++ je. tu pun kalau dapat kerja elok la. biasa la rezeki masing-masing. Tuhan tu maha adil, Dia dah tetapkan rezeki kita.

Kalau nak diikutkan ramai gak blogger yang berjaya tapi nak naik tu memang susah. eh macam tahu-tahu pulak aku. by the way tahniah ye cik epal.









notakakilima: nuffnang aku menyedihkan. :'(

Jangan buat ni

Assalamualaikum.

Mesti ramai yang bosan cuti-cuti. tapi kalau korang bosan sangat sekalipun jangan la buat perkara-perkara ni. antaranya korang jangan la cuba-cuba :

  • tempah satu lori pasir dan letak di sebelah kolam renang untuk dijadikan istana pasir. jangan terkejut kalau nanti silap-silap korang yang dikuburkan dalam pasir tu.
  • pergi pejabat tok kadi dan mintak dinikahkan dengan bini tok kadi dengan alasan cinta pandang pertama. apa punya sewel da.
  • masa tengah main bola korang ajak pihak lawan main galah panjang dengan alasan untuk mengenang kembali permainan dulu-dulu padahal masa tu tengah ada perlawanan penting berlansung. memang sawan.
  • pergi dekat akuarium dan tuba semua ikan kat situ demi untuk dijadikan santapan keluarga korang. sudahnya keluarga korang tak makan korang pulak masuk penjara.
  • membuat pertandingan shuffle kat depan masjid untuk membuktikan siapa lebih handal. kalau nak rasa kena penampar dengan tok imam silakan mencuba.




notakakilima: kalau korang buat jugak keberangkalian untuk korang direnjat dengan senapang patah adalah besar sekali so janganlah buat kalau nak selamat.