Sunday, February 26, 2012

My hero | Abah

 

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
 
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati





notakakilima: kenapa rasa nak nangis ni. :'(


Thursday, February 23, 2012

Hampir seminggu

Assalamualaikum.

Diam tak diam dah hampir seminggu aku pulang ke universiti meneruskan sisa-sisa waktu bergelar pelajar. Ok takde la sisa sangat memandangkan aku baru sem 4. Cuti sebulan memang tak cukup.

Yang pastinya sem ni lebih mencabar dengan subjek yang makin tough dan jadual yang makin padat. Memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang cekal dan tahan serta kebal dari segala godaan syatonirrojimm. Aku macam biasa, telalu selesa dengan pmk yang tak seberapa tu. Bila agaknya hidayah nak sampai? ok abaikan.

Aku rasa macam aku dah start homesick la sekarang ni. *mengada*


tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu. :P



aku rindu kau la budak demok. mesti dah makin gemok sekarang.







notakakilima: duit ptptn tak masuk lagi. aku rasa macam takde kekuatan je nak belajar. ada kena mengena ke? ahaks.


Thursday, February 16, 2012

Naturactor

Assalamualaikum.

Apakah itu naturactor? Masa mula-mula aku pun confuse gak antara naturactor ngan foundation ni walaupun pada fizikalnya nampak lebih kurang sama je.

Naturactor merupakan keluaran Meiko daripada Jepun. Naturactor ni adalah sejenis bedak yang berasaskan tumbuhan organik. Ia mengandungi ekstrak bunga sakura iaitu bunga yang boleh memberi kebaikan kepada kulit kita. Antaranya adalah :
  • Membantu kulit menjadi lebih lembut 
  • Membantu menghidratkan kulit 
  • Mengurangkan masalah kulit ( sesuai unttuk kulit berjerawat)




nak pilih naturactor kena ikut tona kulit gak. tak boleh main bantai beli je


Kelebihan naturactor???
  • Anti kilauan/ tidak berminyak
  • 100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat dan noda hitam
  • Ringan dan lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation
  • Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
  • Senang digunakan, cepat dan yang penting tidak melekit
  • Tahan sehingga 12 jam
  • Tidak menutup pori-pori
  • Digunakan oleh makeup artis professional dan mak andam
  • Kulit terasa ringan, tidak melekit dan kelihatan gebu!
  • Sesuai untuk majlis pertunangan, perkahwinan, photoshoot dan sebagainya

Untuk pengetahuan korang kat Malaysia ada banyak sangat produk tiruan naturactor. Harga plak of course la jauh lebih murah kalau nak di bandingkan dengan naturactor yang original. So masa beli, berhati-hatilah supaya muka korang tak terkena kanser/ rosak di kemudian hari. Naturactor yang bagus tak melekit mahupun berminyak dan ala-ala matte gitu.















notakakilima: aku pun baru tahu pasal naturactor ni. kat internet banyak jual tapi tak tahu la original ke tak so takut nak beli. kena survey betul-betul gak. -.-





Sunday, February 12, 2012

Ada apa dengan 12 Februari?

Assalamualaikum.

Hari ni hari apa? Efek mata bersinar blink-blink tak semena-mena mengharapkan jawapan. Hari ni hari ahad bersamaan 12 Februari. Ada apa dengan 12 Februari? Pegi check kalender sekarang.

Hari ni merupakan hari aku selamat diberanakkan ke alam fana ni oleh mak aku. Hari di mana aku telah berjanji dengan Tuhan untuk patuh segala suruhan-Nya. Tapi malangnya aku manusia yang banyak khilaf. Aku banyak berdosa. 21 tahun, satu tempoh yang pendek. Aku sedar aku banyak kekurangan. Aku bukan manusia sempurna. Aku cuba menjadi seorang yang lebih baik. Mungkin bermula hari ini. InsyaAllah.

Ni azam umur baru aku. Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur untuk bernafas di bumi ni. Tak sangka aku dah tua. Dah layak mengundi pun. PRU 13, here i come!! Orang pertama yang wish birthday aku tak lain tak bukan encik celcom! Nak dapat call free seminggu la katakan. Nak call sapa la gamaknya.

Tak banyak pun birthday wish yang aku dapat memandangkan aku bukan retis lagipun tak ramai yang tahu tarikh birthday aku. Sebenarnya malu nak bagitahu orang yang aku dah tua. ahaks.


aku seorang yang perahsia


Kepada yang ingat birthday aku tu terima kasih tak terhingga. Aku terharu. sobs. sobs. Alang-alang menyeluk pekasam sertakan la sekali ngan hadiah. Bukan selalu nak bagi aku hadian ni. By the way seiring dengan umur yang makin meningkat aku harap aku jadi lebih matang dalam semua benda. Insyaallah. Doakan aku. :)







notakakilima: ada sapa-sapa share birthday sama ngan aku. sila angkat kening.

Sunday, February 5, 2012

It's me

I step to my left and look at myself,  
I'm ugly, lazy, nerdy, stupid, and in no way good enough for anything. 

I'm about to step back into myself when I trip, and fall to my right. 
As I look up, I see a girl standing where I had just been. 
She is strong, beautiful, and ready to take on the world. 

For a moment, I wondered where I had gone, then I realized, 
I was looking at me. 
This strong beautiful girl was me, ready to take on the world!





Wednesday, February 1, 2012

Duit oh duit

Assalamualaikum.

Orang kata duit tak menjamin kebahagiaan. Aku pulak kata tanpa duit susah nak bahagia. Bukan semua orang kat dunia ni senang, banyak duit. Bak kata orang petik jari boleh dapat duit. Kepala hotak! Dunia dah canggih sekarang ni. Dinding pun boleh keluarkan duit. Aku merujuk kepada mesin atm ok! Apakah yang aku merepek tak ketahuan di awal entry ini?

Senang cerita aku nak cakap pasal duit. Aku merepek meraban panjang-panjang pun orang bukan nak baca sangat. Biarlah entry-entry aku kekal menjadi Epilog Seorang Aku yakni satu kesimpulan pendek dari apa yang aku perkatakan.

Kalau dulu-dulu duit RM100 tu nampak besar sangat jumlah dia. Tapi kalau sekarang ni ada orang bagi aku RM100 dengan selaju kelajuan cahaya pun aku boleh habiskan. Beli benda tak berfaedah je pun. Sekelip mata habis. Acane tu?


kalau dapat duit sebanyak ni. akulah insan paling bahagia di alam semesta.


Sekarang ni aku tengah cuti sem sebulan. Kerja pun takda bermakna duit pun tak masyuk la. Kalau dulu boleh bergantung harap pada duit ptptn tetapi sekarang tidak lagi. Duit ptptn dah lama habis. Keinginan nak beli baju, kasut, shawl membuak-buak tak ketahuan dalam sanubari aku ni. Betul la kata orang perempuan ada sembilan nafsu. Salah satunya berbelanja! hoyeh!

Member aku pernah tegur pasal tabiat berbelanja aku ni sebab dia tahu aku ni boroi. ops tersasul boros. Tapi ada betulnya gak apa yang dia cakap. Kalau sekarang ni pun aku tak boleh kawal nafsu berbelanja aku camna bila aku dah kerja nanti. Mana nak cekau duit sewa rumah, bayar kereta, api, air, hulur kat mak bapak lagi. Tu belum kira kos nak shopping. Itu wajib. Boleh botak dibuatnya.


“Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” 
(al-Israk: 26 – 27)









notakakilima: jangan syorkan aku buat partime MLM kerana itu sangat tak cool dan aku tak berminat.