Wednesday, May 25, 2011

Ini best

Assalamualaikum.

Kat sini ada beberapa link blog yang aku suka tengok. memang best sangat wa cakap sama lu blog diorang ni semua. sempoi sangat. meh sini check it out!






notakakilima: accually banyak lagi tapi lain kali la aku update lagi. (dasar pemalas) 

Tuesday, May 24, 2011

Akhinya selesai sudah

I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming
Assalamualaikum.

Tak semena-mena keluar lagu Diddy "I'm coming home" terngiang-ngiang bermain dalam kepala otak aku. aku pun pe lagi nyanyi la sama tanpa mempedulikan jiran-jiran sebelah. sebenarnya jiran mostly dah balik sebab dah habis exam. blok pun dah sunyi. yang tinggal cuma aku terkontang-kanting menuggu exam yang tak berkesudahan.

Walaubagaimanapun *ayat sedikit skema* hari ini menyaksikan kesudahan exam aku. akhirnya paper Finance selamat aku jawab dengan 'jayanya'. disebabkan terlalu confident masa jawab exam tu aku pun keluar la awal. happy dowh. tersengih-sengih aku. bukannya sebab dapat jawab tadi tapi sebab exam dah habis. tak sabar nak balik meronggeng sakan bersama teman-teman.

Balik je bilik ingatkan nak meronggeng la tapi nampaknya tak boleh sebab barang banyak nak kemas. esok dah nak balik. bilik aku memang tak ingat la bersepahnya. dah tahap bilik stor.

Memang sangat kemas kan?


Tengok la bilik aku. sangat kemas kan teman-teman? nasib baik la sekarang dah siap kemas. tak sabar rasanya nak balik. dalam kepala ni memang dah tak ingat benda lain dah selain rumah manis rumah(home sweet home). i'm coming home mama, abah. babai.







notakakilima: Alhamdulillah semester dua dah berakhir. ^^. esok pagi nak balik. hooray!

Friday, May 20, 2011

Gemuruh

Assalamualaikum.

Tengok tajuk dah ala-ala lagu Faizal Tahir gitu. tapi sebenarnya ada la kena-mengena sikit. cuma bezanya lagu Gemuruh Faizal Tahir tu bersemangat tapi gemuruh aku sebab takut. bukan pe lagi 3 hari aku ada exam Business Law. subject killer dowh seriously!

Selagi tak lepas exam tu serba tak kena jadinya hidup aku. bak kata orang tua-tua mandi tak kenyang, tidur tak basah, makan tak lena. penangan dia kuat gila.


Sejak kebelakangan ni gak aku selalu sangat sakit perut. rasanya gemuruh nak exam punya pasal la. nak kentut pun macam tak lepas je. rasa terseksa jiwa raga aku. nak study pun takut-takut je. self esteem aku turun mendadak dowh. macam siot je. 

Saban hari hidup aku jadi tak terurus. cepat la sampai 23 haribulan. aku dah tak sabar nak mengakhiri penderitaan ni. satu lagi tolong jangan psiko aku dekat-dekat nak exam ni sebab probability aku untuk jadi gila amat tinggi.
"Oh Business Law! I love u so strong!"







notakakilima: sempat lagi update blog. anyway do pray for me amigos. :'(

Sunday, May 15, 2011

Empat pergi, dua menanti

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ni aku menghadapi masalah kesusahan melelapkan mata atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai insomnia. aku pun tak tahu kenapa. tiap malam online je keja aku, study tak pun. haish. Sebenarnya tu bukan tujuan sebenar aku menghapdet blog nie, tapi sebaliknya nak berkongsi "kegembiraan" aku yang telah men'settle'kan 4 paper exam dengan "jayanya".

Paper keempat aku adalah Elementary Statistics. setiap soalan aku jawab dengan senyuman 5 inci. pergh memang senang giler wa cakap sama lu. kalau boleh aku rasa macam nak tanya je pembuat soalan tu.
" tak boleh buat susah sikit ke? aku terasa genius la jawab soalan senang-senang nie"
Giler riak. sila pilih sama ada anda mahu menampar aku mensepak aku. ok boleh lupakan kerana semua adalah dusta belaka. serius soalan sangat susah. habis teori achimedis aku keluarkan tetap tak boleh jawab. eh ada kaitan ke? lantak la yang penting aku tak boleh jawab. aku tak suka! T_T

Paper seterusya adalah Business Law dan jugak Finance. 23 dan 24 Mei. secara jujurnya aku memang tak study lagi. memang tak da kesedaran la aku ni walaupun 4 paper dah down. mood sekarang adalah meronggeng sementara menunggu 23 haribulan. apapun aku tak sabar nak mengucapkan..
Selamat Tinggal UUM!!

pehal gambar dewan mas muncul tak semena-mena.






notakakilima: selamat tinggal dean list. harap sem depan awak jangan jauhkan diri dari saya lagi ye.


Sunday, May 8, 2011

Selamat hari ibu

Orang kata aku lahir dari perut mama. (bukan orang kata tapi memang betul) teringat masa aku kecik-kecik dulu. mama banyak main peranan sepanjang aku membesar dari kecik sampai la dah besar gedabak macam sekarang ni. mmaa!! sayang mama. sayang mama sangat-sangat.
  • Bila dahaga, yang susukan aku.. mama 
  • Bila lapar, yang suapkan aku.. mama 
  • Mama cakap, perkataan pertama yang aku sebut.. mama 
  • Bila bangun tidur, aku cari.. mama 
  • Bila nangis, orang pertama yang datang.. mama   
  • Bila nak bermanja, aku dekati.. mama  
  • Bila sedih, yang boleh memujuk aku hanya.. mama   
  • Bila nakal, yang marah aku dulu.. mama  
  • Bila takut, aku selalu panggil.. "mmaa!" 
  • Bila sakit, orang paling risau adalah.. mama 
  • Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mama






    notakakilima: saya sayang mak saya. ^_^

    Seminggu sudah berlalu

    Assalamualaikum.

    Dah lama rasanya tak update blog. kalau tinggalkan rumah nie confirm dah bersawang. siap dengan habuk semua lengkap. bukannya aku tak nak update tapi mungkin masa tak sesuai. entry terakhir aku pasal balik kampung. faham-faham je la bila dah balik kampung tu. line bukannya ada pun. kalau ada pun macam la aku rajin sangat nak update.

    Dipendekkan entry sepanjang study week kat kampung aku memang tak study langsung. nama pun balik kampung mana nak ingat study dah. ada member aku sorang tu dah habis exam pun. sakan la dia mengajak aku meronggeng. cobaan.

    Aku pulak macam tak sedar diri, padahal belum exam lagi tapi gaya macam dah cuti sem. balik je universiti baru la mula tergedik-gedik cari buku nak study. tu pun belum tentu study lagi. banyak sangat dugaan saban hari ni. dengan online, tengok movie, perghh apa lagi. insafla fiza.

    Ni sebijik cam aku.


    Ok la tak boleh merepek meraban banyak sangat nanti lagi aku tak ingat nak study. dah la banyak lagi nak kena tengok balik. dalam otak nie memang zero la. dah macam tak pernah belajar sebelum nie. sabar je la.








    notakakilima: betul la 'melayu mudah lupa'. kononnya nak study less learn more. macam hampeh.