Saturday, November 16, 2013

Bajet 2014 dan Mahasiswa

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini telah berlansungnya pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana  Menteri kita. Bajet 2014 telah dirangka dengan bertemakan "Memperteguhkan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji". Bajet 2014 digubal untuk memastikan pertumbuhan ekonomi terus berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara, dengan matlamat keseluruhannya memakmur negara dan mensejahtera rakyat

Antara teras utama dalam Bajet 2014 ini adalah :
  1. Merancak aktiviti ekonomi
  2. Mengukuhkan pengurusan fiskal
  3. Mengunggul modal insan
  4. Menggiat pembangunan bandar dan luar bandar
  5. Mensejahterakan kehidupan rakyat
Daripada lima teras yang ditekankan ini, saya akan fokuskan kepada yang berkaitan dengan manfaat kepada mahasiswa IPT.

Pertama, memperkasa pendidikan tertarian

Antara program yang akan dilaksanankan termasuk;
  •  Meningkatkan status universiti bertaraf penyelidikan dengan memperbanyakkan kajian penulisan dan penerbitan di peringkat antarabangsa.
  • Kerajaan meneruskan program MyBrain15 iaitu pembiayaan yuran pengajian di peringkat pasca ijazah, khususnya kepada golongan eksekutif di sector swasta.
Melalui sudut ini, pihak kerajaan ingin meningkatkan tahap kualiti seorang mahasiswa setelah mereka tamat belajar. Oleh itu, kerajaan mengambil langkah inisiatif untuk memudahkan dan menyelesakan mahasiswa untuk melalui proses pembelajaran mereka. Hanya mahasiswa sahaja yang perlu berusaha dan mengambil manfaat sepenuhnya atas keprihatinan kerajaan.

Kedua, memperkukuh latihan kemahiran. Ini bertujuan bagi menyediakan tenaga kerja yang produktif dan berkemahiran tinggi serta berkualiti tinggi untuk memudahkan kebolehpasaran mahasiswa setelah habis belajar. Seperti yang kita sedia maklum mahasiswa pada masa kini lebih mengutamakan teori berbanding kemahiran. Maka, mereka kurang proaktif. Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif dengan memperuntukkan jumlah wang yang tinggi kepada institut kemahiran.
  
Seterusnya ialah bantuan Baucer Buku 1Malaysia. Kerajaan masih mengekalkan pemberian baucer buku seperti yang telah dibuat sebelum ini. Melalui bantuan ini, kerajaan telah memberikan peruntukan yang tinggi kepada mahasiswa untuk membantu mendapatkan buku dengan menggunakan baucer yang bernilai RM250. Walaupun nilai baucer tidak banyak, namun sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan sedikit beban kepada mahasiswa ntuk membeli bahan bacaan yang akan digunakan untuk proses pembelajaran dan juga tugasan. 

Namun, ada juga mahasiswa yang tidak bersyukur dan melanggar arahan penerima baucer yang diberikan. Ada juga mahasiswa yang menukarkan nilai baucer ini kepada tunai walaupun nilai yang diperolehi itu lebih rendah daripada nilai baucer yang sebenar. Bagi saya, ini bukan salah kerajaan tetapi sikap mahasiswa itu sendiri yang tidak bersyukur dan tidak menghargai apa yang kerajaan berikan sebagai satu usaha untuk membantu mereka.

Kesimpulannya, sebagai mahasiswa, kita haruslah menggunakan segala manfaat dan kemudahan serta bantuan yang diberikan kerajaan kepada kita dengan sebaiknya. Jangan kita salah gunakan bantuan yang diberikan untuk kepentingan diri sendiri. Kerajaan mahukan generasi akan datang lebih berkebolehan dan mampu untuk meneruskan serta meningkatkan kualiti pentadbiran dan ekonomi negara pada masa akan datang. Kita sebagai mahasiswa juga perlulah menggunakan segala bantuan yang diberikan dengan sebaik mungkin.