Wednesday, March 30, 2011

Camna lelaki merajuk

tak puas hati pe la gamaknya tu?
  • Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. tak puas hati la konon. tapi adat la kalau orang dah merajuk. perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

  •  Diam Seribu Bahasa 
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. walaupun kita bercakap dengan dia, dia just mengiayakan atau dia anggukkan kepala je. dia sikit pun tak kan layan kita macam sebelum ini. kalau benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

  •   Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. kalau kita minta tolong dengan dia akan buat-buat kemaskan meja la, pura-pura berlakon jadi tiang letrik la. yang penting dia akan buat acuh tak acuh je. paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapbuat seolah-olah kita ni tak wujud.

  •  Keluar Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. nak protes la tu kononnya. kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita sebab confirm dia akan buat dek je!

  •  Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. dia tak suka diganggu bila perasaan tengah marah. untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

  •  Hisap rokok. 
Cara dia hisap rokok tu macam tak pernah dapat rokok setahun.




notakakilima: macam ada pengalaman je nak tulis banyak-banyak pasal lelaki nie. tak tahu betul ke tak semua nie just dari pemerhatian aku je. nak tahu banyak-banyak tanya la lelaki tu sendiri. hehe.

Saturday, March 26, 2011

Earth hour vs lilin

Hari nie seperti yang semua maklum adalah earth hour. kat kampus aku sekarang nie pun dok tengah bergelap. tapi kat bilik aku sendiri, aku still lagi bukak lampu tidur + lappy yang memang aku tak tutup. sebenarnya aku tak berkenan sangat la ngan 'menda' nie. mesti ramai yang tak setuju ngan aku kan? memang la ada kebaikan tapi setiap kebaikan kan ada keburukan jugak. ish pe benda la aku merepek nie? ok lupakan. tapi cuba korang bayangkan kalau masa earth hour nanti mesti ramai yang nak nyalakan lilin kan? langkah ini sebenarnya langsung tidak efisyen. why?


Ya, lilin sangat romantik, sangat syahdu dalam kegelapan tapi sedarkah korang bahawa kebanyakan lilin diperbuat dari hydrocarbon. pembakaran lilin pada hakikatnya hanya akan menyumbang 'greenhouse gas' dan karbon dioksida berlebihan melebihi dari penggunaan lampu elektrik yang 'ditutup' itu sendiri.



Bayangkan ribuan, malah jutaan manusia menyalakan lilin ketika beramai-ramai merayakan simbolik ini, berapa banyak gas yang mencemarkan telah disebarkan keluar, walhal tujuan asal adalah untuk menyelamatkan bumi.



notakakilima: biarlah betul-betul bergelap barulah dikatakan earth hour. kan kawan-kawan sekalian? say no to light or vice versa.

Bersilat dalam hujan

Salam, ok nak cerita sikit. hari nie sabtu aku menjalankan rutin biasa aku. pukul 6.45 bangun solat subuh, tu pun selepas dikejutkan dgn sopan-santun dan penuh kasih-sayang oleh roomate tercinta kalau tak memang terlepas la subuh aku. pastu sambung tido balik. sebelum tu kunci jam dulu pukul 9 sebab nak bangun. setiap hari sabtu aku ada latihan silat. nak dijadikan cerita subuh tu hujan. hati aku pun berbunga la dengan harapan latihan dibatalkan. malas la nak fikir, ok aku pun sambung la tido balik.

Pukul 9 jam henfon aku berbunyi. lek lu! aku pun snooze sampai pukul 9.10. aku bangun je terus kelam-kabut cari towel g mandi. masa aku bangun tu hujan dah berenti so dalam keadaan bermalas-malas aku pun g jugak mandi. 15 minit kemudian aku pun dah siap. tengok jam awal lagi so aku pun buat la air milo sebagai penambah tenaga untuk bersilat nanti. pukul 9.45 aku pun gerak g tunggu bas. 

Dipendekkan cerita aku pun sampai ke padang tempat bersilat. nasib baik tak lewat kalau tak mesti kena pusing padang 3 kali. tak sanggup aku. baik aku habiskan tenaga bersilat dari berlari-lari tak tentu hala. pagi tu mendung je macam nak hujan. tapi latihan tetap diteruskan. tak lama lepas tu hujan start turun tapi kali nie renyai-renyai je. sekali lagi nak dijadikan cerita hujan makin lama makin melebat. tapi yang malang sekali jurulatih boleh pulak buat bodo tak tahu je. 

" hujan sikit je nie, teruskan latihan" kata jurulatih aku.

Memang malang la nasib kami semua. hujan pulak makin lama makin lebat. nasib baik baju silat tu kaler hitam n tebal kalau kaler putih korang bayangkan la betapa seksinya kami pelatih-pelatih silat wanita nie. hehe. memang basah kuyup la kitorang dibuatnya. lagi 10 minit nak habis latihan barulah jurulatih aku ajak kitorang semua berteduh kat khemah berdekatan. tapi masa tu semua dah basah kuyup. beg pun dah macam berenang dalam air je. nasib baik henfon tak bermasalah. petang nie ada mandi minyak pulak. "sory la jurulatih saya tak dapat join", kata aku. hehe babai!


masa ni dah basah kuyup sebenarnya.



pahlawan sejati yang tak takut hujan.



notakakilima: maaf cerita yang bosan.

Friday, March 25, 2011

Doodles

simple.


Kawan-kawan semua tahu tak doodles tu apa? hehe. excited betul. 


doodles bukanlah adik-beradik mahupun spesis dodol tetapi adalah satu gambar atau lebih kepada contengan dari seseorang ketika kurang fokus. 


contoh paling mudah bila korang bosan tatkala ketandusan idea menjelang exam. kalau aku mesti punya menconteng kertas exam tak tentu hala. ha! contengan tu la yang dipanggil doodles. kat atas tu contoh doodles yang simple. 


Contoh stereotaip mencoret-coret nie selalunya boleh dikorek di contengan buku-buku sekolah masa student melamun atau kehilangan fokus dalam kelas. biasalah cikgu mengajar kat depan dia kat belakang dok sibuk mencoret idea terpendam. kalau student yang nakal sikit tu mak cik yang tengah sapu sampah tu pun dia ngorat.

ada setengah orang suka melukis doodles bila tengah bercakap kat telefon. ikut orang gak la tapi yang pasti doodles nie orang selalu buat bila dah tak da kerja dan ketika bosan tahap gaban. tapi semua tu tak penting tapi seni doodles tu sendiri yang orang nak tengok pun. babai!
 




notakakilima: aku suka lukis doodles masa tengah makan dodol. anda?

Thursday, March 24, 2011

Lelaki handsome vs lelaki tak handsome


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


notakakilima: fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik.

Wednesday, March 23, 2011

Ye ye result da keluar!

Assalamualaikum.


Pagi tadi aku bangun dengan perasaan berdebar. semua benda yang aku buat serba tak kena. mandi rasa tak kenyang. makan sarapan pun rasa cam tak basah je. mama yang menyedari keadaan aku hanya mampu tesenyum sambil memberi kata-kata semangat yang serba sedikit mengurangkan rasa kedegupan yang melonjak. ok hari  nie result SPM dah keluar. serius aku berdebar.

Sila abaikan perenggan diatas kerana berikut hanyalah monolog aku tatkala nak ambil result SPM 2 tahun lepas. ya, saya bukan lagi pelajar sekolah sebaliknya seorang mahasiswi universiti. (sekali lagi ayat skema). tapi camna pun aku still ingat lagi ke'nervous'an aku tatkala pagi nak ambil result tu.

Pagi tu memang aku bangun awal la. tak pernah-pernah bangun awal. ye la mana tak awal malam tu tak boleh tido lansung memikirkan result nie. mimpi ngeri silih berganti hingga pagi menjelma. pagi tu lepas mandi ngan breakfast aku terus keluar pergi sekolah ngn kawan-kawan aku. aku pergi sekolah lewat so masa tu dah ramai la yang beratur ambil result.

Tanpa berlengah aku pun pergi la kat cikgu kelas aku sebab cikgu kelas yang pegang result kitorang. sampai je kat meja tu bermulalah sebuah dialog.
Cikgu : Nurafizah Che Ap kan? kejap (sambil cari result aku) tahniah ye!
Aku : (tengok-tengok result) ala.....
Cikgu : ok la tu, usaha kamu semua tu.
Nak tau aku dapat berapa? segan la nak bagitahu. seriuosly aku nangis tengok result sendiri. (accually sebab member aku nangis gak) aku dapat 5A je. aku pun terus balik tanpa jumpa ngan member-member yang lain. kecewa punya pasal. sampai je rumah aku diam je sampai mak aku tanya. "mana result hang". aku pun tunjuk slip tu kat mak aku pastu mak cakap. "ok la nie". mak aku tak marah langsung. huh nasib! aku sayang mak aku. esoknya aku pun dah ok. dah lupa pasal result tu so kembali berfoya-foya seperti sedia kala. hehe. Melayu mudah lupa.



notakakilima: aku bersyukur sebab result aku tak de gagal mahupun cukup-cukup makan kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih teruk. lagipun salah aku jugak sebab banyak brfoya-foya berbanding study. mak aku bayar yuran tuisyen suruh aku belajar tapi aku ponteng pergi tengok wayang. sory mama. hehe.

Monday, March 21, 2011

Orang tulis kita baca

Siapakah Miera Liyana? aku pun tak kenal sebenarnya tapi baru-baru nie kisah dia banyak betul terpampang kat internet dan dada-dada akhbar (ayat nak skema je). orang tulis kita baca. bukan begitu kawan-kawan? accually cerita nie dah basi tapi aku saja je share jugak. malas la nak cerita semua mesti dah tahu kan? gambar-gambar nie aku dapat hasil pertolongan dari encik google.

DULU-DULU


SEKARANG!


Wow!


Bak kata si Miera Liyana, “Nampak sikit je. pilih baju ni sebab nak nampak kelainan"



notakakilima: tak nak komen lebih-lebih. ;-p

Do you have heart?!

The human Body:

Month 1
Mommy, I am only 8 inches long, but I have all my organs.
I love the sound of your voice.
Every time I hear it, I wave my arms and legs.
The sound of your heart beat is my favorite lullaby.

Month 2
Mommy, today I learned how to suck my thumb.
If you could see me, you could definitely tell that I am a baby.
I'm not big enough to survive outside my home though.
It is so nice and warm in here.

Month 3
You know what Mommy, I'm a girl!!
I hope that makes you happy.
I always want you to be happy.
I don't like it when you cry.
You sound so sad. It makes me sad too, and I cry with you even though you can't hear me.

Month 4
Mommy, my hair is starting to grow.
It is very short and fine, but I will have a lot of it.
I spend a lot of my time exercising.
I can turn my head and curl my fingers and toes, and stretch my arms and legs.
I am becoming quite good at it too.

Month 5
You went to the doctor today.
Mommy, he lied to you.
He said that I'm not a baby.
I am a baby Mommy, your baby.
I think and feel.
Mommy, what's abortion?

Month 6
I can hear that doctor again.
I don't like him.
He seems cold and heartless.
Something is intruding my home.
The doctor called it a needle.
Mommy what is it?
It burns!
Please make him stop!
I can't get away from it!
Mommy!! HELP me!!

Do you have the heart to deny such a fragile life like this?


notakakilima: Cinta tanpa adab pasti mengundang azab. renung-renungkanlah dan selamat beramal!

Sunday, March 20, 2011

Family BBQ buat aku rindu

Assalamualaikum wbt.

Rasa macam dah lama gila tak mencoret dalam blog tercinta nie. sejak kebelakangan nie aku sibuk sikit. banyak benda nak fikir so sampai terlupa pasal blog sendiri. kadang-kadang tu aku bukak jugak cuma perasaan nak meng'update' tu kurang sikit.

malam nie tak taw la kenapa tiba-tiba jadi rajin (padahal assingment berlambak memanggil-manggil). bukan pelajar universiti la kalau tak buat kerja last minit. betul tak kawan-kawan? assingment tu satu malam je aku buat. ok ada unsur riak disitu. silalah sepak sekali bagi menyedarkan aku.

ok la dah lari tajuk nie. accually tadi (bukan tadi la tapi beberapa hari lepas) aku telah di'tag' oleh kakak ipar merangkap abang aku punya bini dalam facebook untuk satu album iaitu BBQ dgn mak mertua. dengan gembiranya aku pun mengkelik link tersebut.

bukak-bukak ternampak la gambar mama. dengan sepantas kilat perasaan rindu yang menebal kembali muncul. MAMA, ABAH NAK BALIK! disini sedikit gambar untuk dikongsi. layan!

kipas jangan tak kipas. Darwish yang bersemangat.


tu dia banyaknya ayam.


makan puas-puas.


sedap hingga menjilat jari


notakakilima: aku homesick!

Wednesday, March 9, 2011

Rogol

Percayakah anda lelaki juga berisiko untuk menjadi mangsa rogol. buat lelaki di luar sana jangan rasa korang selamat sangat. sekarang nie macam-macam boleh jadi. tapi kalau lelaki dirogol rasa-rasanya oleh siapakah?

berani mati betul perempuan yang bertindak sedemikian rupa. atau adakah beliau 'spesis' kak limah yang menghidap sakit mental. sapa setuju angkat tangan! hahaha. check it out!


sekarang anda sudah percaya bukan?

notakakilima: adakah anda rasa si kecil ini waras? 

Tuesday, March 8, 2011

Kecurangan akademik

Assalamualaikum.

Bila bercakap pasal kecurangan akademik nie macam-macam boleh jadi. tapi kecurangan akademik yang aku nak cakap nie pasal kes meniru dalam exam.

Rasanya nie lah bahasa paling sopan rasanya untuk men'describe' insan-insan yang meniru nie. aku nie bukanlah pandai sangat tapi tak pernah pun terlintas untuk aku meniru. secara jujurnya aku tak berani.

Jangan pandang-pandang


Pelik tak kenapa tetiba aku cakap pasal benda nie. sebelum tu maaf sekiranya ayat aku terlalu skema. aku baru balik dari exam law maka bahasa aku kadangkala mungkin berbaur bunga-bunga cinta.

Oh lagi satu ditambah dengan ayat berbelit, mungkin juga aku bakal menggunakan terma undang-undang dalam entry ini disebabkan masih belum puas mencoret perkara tersebut diatas kertas jawapan sebentar tadi. maaf seandainya kalian kurang memahami.

Aku rasa sekarang nie hard disc dalam otak aku semakin 'kong' disebabkan terlalu banyak menghafal kes diikuti akta-akta yang 'pelik'. oh tidak! aku dapat rasakan medulla ablongata aku semakin membengkak. eh2. lebih-lebih la pulak.
ni otak aku. terima kasih google.


Sebelum aku mengarut lebih banyak marilah kita berbalik kepada tajuk diatas.

Kecurangan akademik nie kalau kita nak gunakan bahasa undang-undang bolehlah disebut sebagai frod. menurut seksyen 17 akta kontrak, frod ialah perbuatan yang dilakukan oleh suatu pihak yang membuat kontrak atau oleh agennya dengan niat untuk memperdayakan pihak lain.

Jangan la korang terima terus definisi tu. sesuaikan la sikit dengan topik kita.

Ok lah sebenarnya aku nak cerita, masa exam law tadi ada orang meniru. siapakah? ce cite ce cite. beliau adalah seorang chienese guy yang duduk berdekatan ngan tempat duduk aku. mula-mula dia duduk aku tak sangka pulak dia nie pen'tiru'. muka dia dah la ala-ala pelakon korea. bak kata orang innocent gitu.

 hah lebih kurang camni la


Masa dapat kertas soalan aku nampak beliau mengeluarkan toyol beliau. betul nie tak tipu. mula-mula aku ingat dalam poket je ada rupa-rupanya dalam pencil case pun ada. khusyuk betul beliau meniru sepanjang exam berjalan. pengawas exam pun macam tak jalankan tugas je. mungkin sebab baru mid sem so diorang malas nak strict sangat.

seriously aku pun banyak lupa akta-akta tapi tak perlu la nak meniru rasanya. geram betul aku! apa-apa pun lu pikir la sendiri, mungkin sekarang selamat tapi bak kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua! ok dah keluar peribahasa nampaknya. bye. :-p




notakakilima: tak mungkin 'beliau' baca blog aku tapi apa-apa pun SILA TERASA. oh ya toyol bermaksud membawa nota untuk ditiru bukan toyol betul.

Saturday, March 5, 2011

Tips untuk si kurus



Bila aku terbaca tips ni,senyum sampai ke telinga.kenapa?aku lah yang si kurus tuh hihi.Sebenarnya pernah juga cari tips macam ni,mana taknya kebanyakkan tips semua untuk mengurangkan berat badan bukan menambahkan..sedih!

Mari lihat beberapa tips untuk Si Kurus yang ingin menambah berat badan.Mungkin berguna untuk anda?

Sebenarnya seseorang yang memiliki nilai BMI kurang dari 18 bererti memiliki berat badan di bawah normal, BMI 18,5-24,9 bererti memiliki berat badan normal, BMI 25-29,9 bererti memiliki berat badan berlebih dan BMI lebih dari 30 bererti mengalami kegemukkan.

Faktor apa menyebabkan seseorang itu kurus?

1. Memiliki tahap metabolisme yang cepat
2. Pengaruh faktor genetik
3. Keperibadian dan lingkungan sekitarnya
4. Serta beberapa keadaan tertentu yang boleh mempengaruhi tahap metabolisme atau dari hormon tertentu.

Bagi yang memiliki tubuh kurus atau BMI di bawah normal, ada beberapa cara sihat yang boleh dilakukan untuk menaikkan berat badan, seperti dikutip dari MedicineNet.com,iaitu:

1. Makan makanan yang mengandung kalori, vitamin dan mineral tinggi.
2. makan dengan keseimbangan yang tepat, nisbah yang disarankan adalah 60-70 peratus karbohidrat, 10-15 peratus protein dan sejumlah kecil lemak.
3. Membatasi pengambilan air atau cairan setengah jam sebelum dan sesudah makan, kerana kalau banyak minum sebelum makan akan membuat perut kenyang sehingga nafsu makan berkurang.
4. minum jus seperti epal, peach, jeruk atau pisang untuk meningkatkan kalori
5.mengambil beberapa sumber lemak baik yang berasal dari makanan seperti kacang, alpukat, minyak zaitun dan lemak ikan (salmon dan mackerel)
6. Mengambil beberapa makanan ringan diantara waktu makan seperti yogurt atau buah-buah kering
7. minum susu secara teratur, kerana tidak mengandungi kalori tapi juga nutrisi penting lainnya seperti protein, vitamin dan mineral, serta mengandung bakteria sehat yang boleh membantu sistem pencernaan.
8. Berolahraga secara teratur kerana akan membuat tubuh sentiasa sihat.Keadaan ini boleh membantu mengembangkan otot-otot tubuh yang ramping menjadi lebih berbentuk, serta meningkatkan nafsu makan.
9. Selalu berpikiran positif, kerana pikiran boleh mempengaruhi pola makan dan juga proses pencernaan yang terjadi.
10. Mendapatkan waktu istirehat dan tidur yang cukup 7-8 jam secara teratur.



notakakilima: this entry is copied for sharing.