Thursday, July 21, 2011

10 tips menjadikan roomate anda gila


  1. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah sekarang”
  2. Buat-buat terjaga pd tengah malam, jerit kuat-kuat ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yg dia cakap.
  3.  Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!"
  4. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”
  5. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.
  6. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”
  7. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.
  8. Bila roommate anda balik, berpura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
  9. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda.
  10. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

aku dan roomate









notakakilima: aku tak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan jiwa yang berlaku sekiranya korang memprektis tips diatas.

Thursday, July 14, 2011

Rahsia cemerlang BM

Assalamualaikum.

you inspire me.


Entry kali ini adalah hasil kerjasama dengan pak cik Karam di laut asam di darat. eh terover pulak. tapi saya rasa la kalau pak cik jadi cikgu Bahasa Melayu saya, nescaya saya akan mendapat markah yang gilang gemilang dan bersesuaian dengan kehendak mantan perdana menteri kita iaitu Cemerlang Gemilang dan Terbilang. tidak syak lagi. ini serius. 

Saya peminat pak cik Karam Singh Walia. percayalah! 

Tak percaya?

Peribahasa di bawah telah saya kumpulkan dan sering saya jadikan rujukan setiap kali membuat karangan Bahasa Melayu. inilah formula rahsia saya mendapat A1 dalam Bahasa Melayu. ini buktinya : -

  • Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.
  • Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
  •  Tiada rotan, pelempang pun berguna.
  • Biar lambat, asalkan tak cepat.
  • Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
  • Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.
  • Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
  • Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.
  • Secupak takkan jadi 18 cupak.
  • Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.
  • Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
  • Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.
  • Alang-alang mandi, biar guna sabun.
  • Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
  • Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.
  • Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
  • Hidup segan, mati di tanam.
  • Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
  • Lembu punya susu cap teko dapat nama.
  • Sehari selembar benang, lama-lama benang habis.
  • Jika kail panjang sejengkal, belilah yang panjang sikit kalau nak mengail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
  • Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
  • Membujur lalu melintang pukang.
  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan.
  • Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
  • Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.








notakakilima: sambil baca tu, korang buat la gaya tangan dia sekali! hahaha.

Saturday, July 9, 2011

Aku, pak cik & rokok Dunhill

Assalamualaikum.

Sekarang aku kerja cashier. Nak dijadikan cerita kat belakang tempat cashier tu ada rak jual rokok. Ala macam kat pasar-pasar mini selalu ada tu. Rak kaca tu la. Sepanjang aku kerja ni macam-macam perangai customer aku jumpa.


Situasi Satu

“Adik bagi rokok yang tak membahayakan kesihatan” 
“Hah (terpinga-pinga). Ada ke?” 
“Bagi pak cik rokok yang sejuk” 
“Menthol ke?” 
“Ha! Pandai pun. Bagi Dunhill menthol satu”
“(bagi rokok) RM 10”


Situasi dua

“Adik rokok Dunghil ada?” 
“Hah! Rokok apa?” 
“Dunghill la. Tak dengar ke?” 
“Dunhill ke?” 
“Ye la Dunghill” 
“(dalam hati) sebut pun tak betul ada hati nak hisap rokok.”

Situasi tiga

“Bagi Dunhill satu” 
“Nah. RM 10 pak cik” 
“(belek-belek kotak) Adik tukar gambar kaki boleh?”   
“(dalam hati) camtu pun boleh”








notakakilima: rokok membahayakan kesihatan. kawan aku cakap DUNHILL akronim untuk
  • D unia
  • U mpama
  • N eraka
  • H idup 
  • I barat 
  • L ayang 
  • L ayang


cis baik mati kalau camtu. ops..