Thursday, November 10, 2011

Cara Beradab Dan Biadab Semasa Menziarahi Pesakit

Assalamualaikum.

Perbuatan menziarahi orang sakit adalah perbuatan yang mulia dan digalakkan oleh agama.

Perbuatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Akan tetapi, dalam amalan menziarahi orang sakit ni, kita perlu mengambil kira juga sama ada perbuatan kita itu dianggap beradab atau pun tak beradab aka biadab.

Berikut disenaraikan apa yang beradab dan yang biadap: 

CARA BERADAB
Jangan duduk menziarahinya terlalu lama kerana boleh menganggunya. 
CARA BIADAB
Buat macam rumah sendiri dan bising mengalahkan pasar borong. 

CARA BERADAB
Duduk di sisinya, pegang tangan dan sentuh dahinya serta tanya penyakitnya dan keadaannya. 
CARA BIADAB
Duduk di sisi aweknya, pegang tangan dan tanya dia nak keluar dengan korang atau tidak. 

CARA BERADAB
Doakan pesakit agar cepat sembuh seperti sediakala. 
CARA BIADAB
Menyapanya dengan perkataan kurang sopan seperti "Hidup lagi engkau rupanya..."

CARA BERADAB
Berikan kata-kata nasihat dan menyarankannya agar bersabar menahan dugaan. 
CARA BIADAB
Berikan kata-kata menyakiti hatinya di atas dosa yang dilakukannya sehingga mendapat sakit. 

CARA BERADAB
Ceritakan tentang penyakit yang lebih teruk pernah dialami oleh orang lain supaya dapat bertenang. 
CARA BIADAB
Ceritakan tentang orang-orang yang telah mati kerana menghidap penyakit tersebut. 

CARA BERADAB
Bawakan makanan seperti buah-buahan kepada pesakit walaupun mereka tak dapat memakannya.
CARA BIADAB
Dah la tak bawa buah tangan, buah yang sedia ada pun habis dipulunnya.

Jadi bila nak pergi melawat orang sakit tu beringatlah ye. Kadang-kadang orang yang sakit itu mudah sakit hati dengan perbuatan kita walaupun perbuatan kita itu adalah tidak disengajakan.