Tuesday, April 26, 2011

Aiyak sudah tukar ka?

Assalamualaikum.
Nampak tak apa-apa kelainan kat blog aku? hah tak nampak? tak lama dah la tu. ni ha tengok betul-betul layout aku dah bertukar la. nampak sangat berapa ketul manusia je yang baca blog aku. *sedih*

Tapi tak kisah la. aku memang suka tukar layout pun. kalau boleh tiap hari aku nak tukar. bosan la kalau tengok layout sama je. kita perlukan perubahan. yeah!

''Change is the law of life. And those who look only to the past or present are certain to miss the future." 
John  F.Kennedy     







notakakilima: aku suka simple.

Monday, April 25, 2011

Bacalah, tak sampai 5 minit pun

Assalamualaikum.
Sahabat semua bacalah.
sekejap je.
tak sampai 5 minit pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & SEMUA ORANG ISLAM dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH.
AMIN..

Luasnya Neraka


Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:
 "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:
 "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)




notakakilima: sharing is caring.

Sunday, April 24, 2011

Hari sang sapurba

Assalamualaikum dan salam segayong.
Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingati kebesaran Allah yang mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan haruslah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Niatnya bersih bauya suci,
Berseru kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia dijunjung tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingat junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju
Ni la lagu silat gayong kalau korang nak tahu. lagu ni nyanyi bila ada majlis rasmi je. kalau setiap kali latihan tak perlu la nak nyanyi cukupla sekadar bukak gelanggang je.

Mesti ramai pelik kan dengar tajuk entry ni. untuk pengetahuan hari sang sapurba tu macam majlis adat la untuk anak-anak gayong. dalam majlis ni akan diadakan penyerahan bengkung dan sandang untuk semua yang berjaya tamatkan silibus gayong. aku dah naik bengkung pelangi hijau. haha. sebenarnya kalau nak diikutkan hari sang sapurba ni lebih kurang macam hari memperingati Dato' Meor selaku pengasas silat gayong. aku pun tak de la arif sangat pasal benda ni. sekadar tahu macam tu je la pun. tak banyak pun aku nak cerita lagipun kalau cerita lebih-lebih pun macam syok sendiri je. belum tentu orang faham. nah tengok gambar.

Yes akhirnya!


Menerima bengkung.


Srikandi silat.



Gong perasmian


Bersama jurulatih kesayangan.


Penerima sandang.







notakakilima: majlis habis pukul 7 malam tadi, memang penat sangat. tapi yang bestnya masa jamuan tadi ada pulut kuning, sate, nasi minyak, kek, buah-buahan, macam-macam lagi. ingat balik pun boleh buat aku kelaparan. hahaha.

Saturday, April 16, 2011

Ce tengok nie, ce tengok.

"Kite bakor je rumah kak limah tu" sape setuju angkat tangan macam saye!
Agak-agak ayat sapa la tu kan? sabor je la. ye betul 10 markah untuk anda! jawapannya tak lain tak bukan usop wilcha. kuat betul pengaruh mamat nie kan. sampai kan dari budak-budak sampai atok-atok boleh tahu dialog nie. actually banyak lagi dialog-dialog yang famous dari usop nie yang menjadi sebutan remaja sekarang termasuk la aku sendiri.

ce korang tengok nie. tadaaa!!

mesti ada yang terbakor tengok bini usop. lawa dowh.


amboi sopannya.


Untuk pengetahuan korang usop wilcha, bukanlah pelakon sepenuh masa. dia gak bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat Oil & Gas, Tanjung Offshore Berhad. Lagi kejutan, kalau korang nak tahu usop wilcha merupakan bapa saudara kepada Scha. 




notakakilima: pasal fanpage usop yang berlambak-lambak kat fb tu, usop wilcha dah minta pemilik asal supaya melantik dia sebagai admin. nie adalah untuk mengelakkan terjadinya kes dimana orang lain bercakap atau bertindak sebagai usop wilcha. betul gak tindakan Usop tu, kan? sape setuju angkat tangan macam saye!

Thursday, April 14, 2011

Miss the moment

Assalamualaikum.


Hari nie genap setahun aku tinggalkan zaman matrik aku.sebenarnya aku tak ingat pun tapi masa tengah makan tadi tetiba ada sorang member aku nie cakap.
"weh ingat tak hari nie hari ape?'
"hari khamis, nape?'
"tak la hari nie kan hari kita habis matrik, kitorang budak matrik penang semua tukar profile pic kat fb letak gambar loga kmpp"

Mula-mula tu aku buat bodo je pastu check kalender memang betul pun, aku siap buat note lagi kat kalender.
'Last day kat kmm, bye kmm!' banyak kenangan aku masa kat matrik dulu-dulu. bak kata orang masa tu la aku mula merasa hidup jauh dari keluarga. macam mana rasa tak balik rumah tiga bulan. macam-macam lagi la.

Bila teringat pasal matrik. first things come across my mind tak lain tak bukan roomate aku. seriously aku rindu sangat kat diorang. sebab diorang la aku jadi kuat nak teruskan belajar kat situ. pernah sekali tu masa sem 1 aku pergi jumpa kaunselor mengadu kat dia yang aku nak mintak tukar matrik. bila dia tanya aku jawab la sebab jauh sangat dari rumah aku. Perak-Melaka. korang rasa jauh tak? bagi aku jauh gila kot. kalau naik bas pun dekat 8 jam baru sampai. tegang segala urat dalam badan nie. bontot pulak tak kira la memang kematu habis la duduk berejam dalam bas.

Aku memang nak cerita pasal roomate aku tapi kalau cerita mesti entry nie jadi karangan 5 muka surat sebab kenangan kitorang banyak sangat. biar la aku simpan semua nie dalam kepala otak aku. tapi satu je yang aku terkilan sikit. aku tak de satu pun gambar kitorang sama-sama. aku cari dalam fb tapi mostly dah dipadam atas sebab-sebab tertentu. dulu memang ada tapi aku simpan semua tu dalam pendrive.

Nak dijadikan cerita pendrive aku rosak tanpa sempat aku backup semua gambar tu masuk dalam laptop. sayang sangat. T.T.

Aku tak suka tulis panjang-panjang nie so pendekkan je la cerita. hari terakhir aku kat matrik abah yang datang ambil. mama tak datang sebab sibuk lagipun adik-adik kat rumah nanti tak ada sapa nak tolong tengokkan. last day tu ada 1 paper la which is ekonomi. aku jawab pun dah tak fokus masa tu tapi nasib la result ok gak. bila keluar je pagar Kolej Matrikulasi Melaka, aku rasa sebak sangat. tak tahu la kenapa. maybe sebab banyak sangat kenangan kat sana kot. sayang nak tinggalkan roomate pun ada gak. ntah la. walaupun dah setahun berlalu tapi kenagan tu memang takkan terpadam sampai bila-bila. INSYAALLAH.

To my dearest roomate: aku sayang, rindu sangat kat korang. korang takkan jadi my ex-roomate sebab dalam hati aku korang la roomate aku selamanya. T_T. sayang korang ketat-ketat. Eha, Bella and Atin. mmuuaahh.

wing mate. sayang korang.


Classmate. A2P2 dalam kenangan.


notakakilima: aku tak de kawan laki masa kat matrik kalau ada pun sebab kitorang satu kelas, itu pun berapa orang je.

Statistics assignment done!

Wah akhirnya siap jugak assigment statistics. setelah bertungkus-lumus sampai berpeluh-peluh ketiak dengan rakan-rakan se'group' akhirnya siap jugak. actually dah lama lecture bagi assigment nie tapi kitorang yang tangguh sampai akhirnya tak buat-buat. bila dah due date baru lah terhegeh-hegeh nak buat. sebenarnya kitorang memang sengaja tangguh sebab baru la adventure sikit nak buat bila dah last minutes nie.(alasan)  tak begitu kawan-kawan? tak kisah la asalkan siap. kami hebat!

Penghargaan kepada rakan-rakan kerana sudi bersengkang mata demi menyiapkan assigment nie. tak lupa kepada lecture kesayangan Miss Lim Yai Fung atas segala tunjuk ajar. terima kasih juga kepada Ain kerana meyumbang 10 sen untuk print cover page yang aku tersilap buat. tak lupa kepada Tasya yang membuat draft keseluruhan. sekalung terima kasih kepada pihak yang terlibat secara lansung mahupun tak lansung. sayang kamu semua! babai!

hampir siap.


henfon sapa menyibuk plak tu.


Finally!




notakakilima: group project finance to go. chayok2!

Wednesday, April 13, 2011

Sedap hingga menjilat jari

Yummy


Mesti korang menjilat jari kan tengok gambar kat atas? mungkin jugak ada yang tertanya-tanya makanan lazat apakah yang dimakan oleh kanak-kanak tersebut. atau mungkin ada diantara korang pernah makan jugak. banyak betul mungkin da. korang yang pernah makan roti ni nak tanya sikit, 'sedap tak'? aku pun teringin nak makan. rasa-rasa kat tesco ada jual tak? kalau sapa-sapa jumpa makanan tersebut tolong belikan kat aku jugak ye. nanti aku bayar balik. makanan yang enak berkrim disukai ramai tu dinamakan "roti kepala manusia". pergh nama pun dah menggiurkan, rasa apatah lagi. ye tak?

Meh kita usha sikit gambar-gambar lazat roti ini semasa proses pembuatan. layan!






notakakilima: sayang betul la sebab kat Malaysia tak ada jual roti yang 'menyelerakan' macam nie. 

Friday, April 8, 2011

My first kiss

Amboi laju je tekan tengok tajuk macam tu. ok la aku tak salahkan korang pun sebab kalau aku sendiri pun mesti nak tahu. sebenarnya aku saja je letak tajuk camtu. tapi untuk tak menghampakan korang aku cerita la sikit.

Cerita bermula macam nie;
Aku kenal A masa sekolah. kitorang memang selalu gaduh. ya la mana tak gaduh dia selalu je kutuk aku. pantang bertembung ada je benda dia nak cakap untuk sakitkan hati aku. contohnya,
''woi amoi tua p toilet sorang-sorang ja ka?''
Pergh memang bikin panas la kan? dah la tu bukan dia sorang je kat sekolah tu suka panggil aku amoi tua tapi ramai lagi. rasanya dia punya angkara la. siot betul. bila aku tanya member aku yang lain kenapa dia panggil aku camtu. diorang cakap sebab aku nie kalau marah suka cakap kuat-kuat pastu bising sampai susah nak stop. memang pun. hehe.

Huh bila pulak nak masuk bab kissing nie? tak sabar nie. gilo eh! Astaghfirullahhalazimm.. haram la bercium nie. tak kan la aku nak buat camtu. ustaz aku cakap HARAM hukumnya bercium ngan bukan muhrim! anyway thanks sudi habiskan masa baca nie. cerita dah habis.  meh nak cium sikit. mmmuuaaahh.




notakakilima: cerita diatas adalah cerita rekaan semata-mata. apa pun rasanya nie memang first time aku kiss reader aku walaupun hanya di alam maya. mmmuaahh sekali lagi.
maaf aku tengah bosan. =.=

Wednesday, April 6, 2011

Sampainya hatimu

Aku betul-betul tak sangka.
selama nie aku dah dengar banyak dari kawan-kawan aku pasal dia tapi aku tak caya.
aku lebih percayakan dia.
kawan aku cakap dia ada perempuan lain.
siap tunjuk gambar lagi, tapi aku tak percaya.
sekarang nie teknologi canggih so macam-macam boleh jadi.
memang aku terima berita ni lambat tapi aku cuba contact dia.
dia jauhkan diri dari aku.
aku sayang dia.
aku ingat lagi dia pernah nyanyikan aku lagu sambil main gitar.
sedap sangat.
tiap malam aku dengar lagu tu.

Hari tu aku ada beli henfon baru.
wallpaper pertama yang aku letak gambar dia la.
tiap pagi bangun tidur mesti aku tengok dia dulu.
sebelum tidur pun sama, dia la orang terakhir yang aku tengok.
tapi aku tak pernah bosan langsung.
baru-baru nie hubungan aku ngan dia makin dingin.
dia mengaku sendiri dia dah ada 'someone special'.
nama dia S. aku sentap dowh.
aku tak sanggup lepaskan dia tapi aku terpaksa.
aku akui S sangat cantik.
aku harap dia bahagia dengan S.
aku tak kesah selagi dia bahagia. :'(
Selamat tinggal bekas kekasihku Justin Bieber, semoga bahagia disamping Selena Gomez!





sape tak sentap tgk gambar mesra camnie.






notakakilimabuat'S': Jaga Justin baik-baik. jaga makan-minum dia. kalau tak mampu bahagiakan dia pulangkan balik kat aku. anyway kenduri nanti jangan lupa jemput aku. hurm.

Yuyu Zulaikha- Ferero random giveaway


Peace be upon to all reader.

Ok la straight to the point, dah terang lagi bersuluh ada header si comel Yuyu Zulaikha kat atas tu mesti la ada sesuatu. tapi apakah ia? haha. aku nak join random giveaway yang yuyu buat. best wo. kalau bertuah boleh dapat Ferero Collection dari yuyu. i loike!

Jom la join ramai-ramai. cara nak join senang je. memang bagus la yuyu nie.

  1. Buat entry bertajuk Yuyu Zulaikha- Ferero random giveaway
  2. Letak header comel yuyu kat entry korang
  3. Tulis la pe yang patut, pendek pun tak pe
  4. Hantar entry kat sini






notakakilima: sudah terbayang coklat ferero yang sedap lagi lazat. come to mama.

Tuesday, April 5, 2011

Air longkang pun tak laju camnie

Assalamualaikum.

Apa kena-mengena air longkang dengan entry nie. sebelum tu tengok nie dulu. saksikan satu pendedahan yang bakal membuat anda terkentut kecil. mungkin juga tercirit.


klik untuk tumbesaran yg lebih baik

Actually aku yang terkentut kecil tengok gambar diatas. Ok tak de pe pun. gambar kat atas adalah gambar penyata bank. saje je nak tunjuk. cuba besarkan bijik mata korang dan tengok betul-betul. 

23/2 duit ada RM788.99. dalam masa sebulan je dah berkurang menjadi RM9.07. omaigod! kemana perginya duit aku sebanyak 700++. adakah kena curi dek toyol. atau mungkin juga telah di'songlap' oleh insan-insan yang tak berpuas hati dengan aku. 

ok jangan percaya, kerana itu semua adalah lakonan semata-mata. duit tu aku yang guna tapi aku tak ingat macam mana boleh 'terguna' sebanyak tu. dalam masa sebulan je pulak tu. kalau air longkang tu korang rasa laju, duit aku mengalir lagi laju (bagi aku) haish.

Mungkin bagi korang guna RM700++ dalam sebulan tu biasa, tapi bagi aku yang kurang berkemampuan nie semua tu luar biasa. 

aku pun tak tahu aku buat apa dengan duit tu. tu la mungkin banyak sangat berfoya-foya dan meronggeng sambil berjoli. seriously, aku memang tak reti uruskan duit. nie baru belajar kalau dah kerja nanti tak tahu la macam mana. TOLONG INGATKAN AKU YE!

tetiba je. sila abaikan.







notakakilima: menabung amalan mulia. elakkan diri dari berhutang.

Friday, April 1, 2011

Kenapa student tak lulus peksa?


Kalau kita tengok dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa tu bila dia tak lulus ujian sebab camna nak lulus kalau belajar pun dia tidak sempat. tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik. Mari kita kira!   
  • Hari minggu 52 hari dalam setahun. anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. baki tinggal 313 hari.   
  • Hari cuti umum lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, contohnya cuti tahun baru, hari raya, dan lain-lain. baki tinggal 283 hari.     
  • Cuti Semester semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari. baki tinggal 223. 
  • Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan so 120 hari digunakan untuk tidur. baki tinggal 103 hari.   
  • Beribadat paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita try budget 8 hari dalam setahun. baki tinggal 95 hari.   
  • Bermain hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan dan semestinya paling tidak memerlukan 1 jam sehari. dah gunakan lagi 15 hari. baki hari tinggal 80.   
  • Makan : sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum, hilang lagi 15 hari. baki tinggal 65 hari.   
  • Berborak jangan lupakan, kita manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. bayangkan kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. baki tinggal 50 hari.   
  • Sakit. manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. baki tinggal 45 hari.   
  • Exam-exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam. baki tinggal 21 hari.   
  • Refreshing untuk menyegarkan fikiran. refreshing itu perlu. tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. baki tinggal 16 hari.   
  • Surfing internet. zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isu hangat . kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun so tinggallah satu hari setahun.   
  • Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!!




notakakilima: kalau dah malas tu macam-macam alasan la boleh bagi. yang pastinya bukan aku. hehe