Tuesday, August 16, 2011

Resipi biskut raya | Biskut aman makmur harmoni bahagia


Assalamualaikum.

Memandangkan masuk hari ni kita dah berpuasa selama 16 hari so aku pun berbesar hati la nak share resipi biskut raya ni. korang mesti rajin nak try. nama biskut ni ialah biskut aman makmur harmoni bahagia. dengar nama pun dah best kan? haa resepi ni senang je nak buat. jom tengok macam mana cara dia.

BAHAN-BAHAN
  1. Tepung gandum 2 kilo setengah yang telah diayak
  2. Tepung beras satu kilo susu
  3.  Merjerin tin paling besar tapi cuma gunakan tiga cawan je. selebihnya suka hati korang la nak buat apa.
  4. Vanilla/ pewarna/ sirap ros pun boleh, tapi kalau dah takde sangat water calour pun ok asalkan berwarna-warni. Gasak je. Haha
  5. Air satu jag penuh. tak kisah la air paip ke air hujan ke, air mutlak pun boleh tapi air longkang jangan la ye.
  6. Gula 8 kampit
  7.  Duit syiling dari satu sen sampai lima posen
  8. Sebiji dulang
  9.  Plastik


CARA-CARA MEMBUAT
  1.  Mula-mula ambil besen dan cedok 6 cawan tepung gandum ke dalamnya. kemudian cebok, eh silap! cedok pula tepung beras 1 cawan setengah dan cebok lagi, isk..silap lagi! cedok lagi 3 cawan suku gula dan gaulkan sehingga sama rata.
  2. Seterusnya masukkan 3 cawan marjerin, vanilla/ pewarna/ sirap ros dan gaul lagi. Sebenarnya korang boleh masukkan tadi tapi saja je aku nak menyusahkan korang. untuk merasai kemeriahan hari raya yang berwarna-warni gunakan warna yang pelbagai. water colour pun kalau korang nak letak ok je.
  3.  Kemudian gaul lagi sehingga sebati. sekarang boleh la ambil air satu jag tadi dan celup tangan korang kat dalam tu. air ni sebenarnya untuk basuhan tangan je. takde apa pun.
  4. Dan langkah yang seterusnya ialah melangkah menuju ke oven dan hidupkan pada 15 darjah celsius dan setkan selama 15 minit.
  5.  Pastu ambil dulang dan buntut dulang hendaklah dialas dengan plastik. tepung yang telah sebati tadi bulatkan sebesar penumbuk dan letakkan kat atas dulang.
  6.  Tekan tepung sampai rata dan ambil duit syiling tadi untuk dijadikan acuan dan tekap pada tepung.
  7. Tarik bahagian yang tak diperlukan dan yang menjadi pulak korang susun la elok-elok kat atas dulang.
  8. Ulang step yang sama sampai tepung habis.

Bila oven dah panas masukkan tepung tadi dan sekejap lagi tepung tersebut akan bertukar menjadi biskut. POM!! oven meletup. ok babai aku tak bertanggungjawab. Hahahaha.



ok ni kuih beli.













notakakilima: mintak mak kuih sepotong, aku mahu makan kerana perut kosong. lalalala~

Saturday, August 13, 2011

Rempit wannabe

Salam Ramadhan ke 13. terasa beriman pulak tulis macam ni. ^^

Kali ni nak cerita sikit pengalaman aku jadi minah rempit. tapi jangan salah faham pulak. rempit-rempit aku tak ada la sampai rosak akhlak or jadi bohsia bagai tu. aku setakat bawak motor laju-laju je.

Aku mula belajar bawak motor masa aku form 1. tu pun curi-curi bawak ngan adik aku sebab ayah aku tak bagi kalau dia tahu. mula-mula bawak tu terus pergi pusing satu kampung. seronok dowh. sebelum ni bawak basikal je. dapat bawak motor rasa laju semacam je.

Nasib baik bila ayah aku tahu aku curi-curi belajar bawak motor dia tak marah. ye la aku bawak kan cermat je. (kononnya) means tak de la sampai tahap jatuh longkang ke hape walaupun baru first time bawak motor. dari situ pun dah terserlah jiwa kerempitan aku.

Masuk form 4 dah boleh ambil lesen motor. nasib la birthday aku awal so boleh la ambil lesen awal sikit. cukup je 16 tahun aku terus membodek ayah aku nak ambil lesen motor. lagipun senang sikit bila dah ada lesen boleh la merempit pergi sekolah.

Masa lesen L aku dah mula active merempit. ayah aku tampal siap-siap sticker L kat motor. malu dowh bawak motor ada sticker L tapi aku tak berani bukak sebab takut ayah aku marah. nanti kena tunda ambil lesen P pulak. lagipun berapa bulan je pun nak guna sticker tu.

Dalam pertengahan form 4 aku dah ada lesen P motor. bangga siot! ye la dalam kalangan kawan-kawan aku tu boleh dikatakan aku sorang je yang ada lesen. masa tu bawak motor memang tak ingat dunia la. member aku selalu tegur.

" hang ni bawak motor berapa km/j. aku tengok laju betul. "
Honda wave 110 je pong.


Pernah sekali aku jatuh motor masa bawak member aku gara-gara kereta tak bagi signal nak masuk simpang. aku pulak bawak motor memang laju tak ingat. habis belakang kereta tu aku langgar. side mirror pecah. tapi paling kesian member aku la sebab baju dia koyak masa jatuh. nasib la dapat ganti rugi. hampeh betul!

Tapi sekarang ni aku dah cermat bawak motor. trauma pun ada sebab selalu jatuh motor. tayar pancit masa bawak laju lagi. takut bila fikir balik. benda kalau nak jadi kejap je. aku bersyukur sangat sebab tak pernah jadi benda yang teruk-teruk kat aku lagi setakat ni. Alhamdulillah.



sekarang aku bawak motor ni. plat motor tak boleh ditunjukkan untuk mengelak orang pegi 'tikam' no plat motor aku. haha.













notakakilima: pandu cermat jiwa selamat. ingatlah orang yang tersayang. aku tak ada lesen kereta. haha.

Monday, August 8, 2011

Contest sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum.

Bulan puasa ni mesti ramai yang bosan kan? apa kata korang join contest ni. untuk pengetahuan korang contest ni bertarikh tutup pada 1 shawal. pemenang akan diumumkan secepat mungkin. penganjur contest terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

  • Contest kereta paling laju
Contest ini berlangsung sepanjang perjalanan pulang berhari raya ke kampung halaman. pertandingan sebegini kerap kali berakhir tanpa pemenang apabila semua pesertanya mengalami kemalangan sesama sendiri dan terpaksa beraya di hospital berhampiran.
  • Contest kumpul duit raya
Contest ini terbuka untuk kanak-kanak sahaja. objektif pertandingan ini hanya satu iaitu mendapatkan duit raya sebanyak mungkin dengan apa cara sekalipun. para peserta dibenarkan beraya di sesebuah rumah seberapa kerap yang mungkin asalkan tindakan ini tidak disedari oleh tuan rumah terbabit.
  • Contest meriam buluh antara kampung
Pertandingan ini melibatkan dua buah kampung yang bersebelahan. dentuman meriam buluh bersahut-sahutan memecah keheningan malam Aidilfitri diselang-seli dengan tangisan anak-anak kecil yang terkejut serta disusuli dengan pekikan para ibu yang kurang bersetuju dengan pertandingan yang kurang bermanfaat ini.
  • Contest kuih raya
Rumah yang menyediakan kuih raya paling banyak akan dikira sebagai pemenang. kuih raya hanya dinilai berdasarkan warna dan bentuknya yang pelbagai. kebiasaanya kuih raya tersebut hanya memiliki rasa yang sama sahaja.
  • Contest langsir paling canggih
Pertandingan ini hanya terbuka kepada suri rumah sahaja. persediaan untuk pertandingan kebiasaanya telah bermula sebelum ramadhan lagi. walaubagaimanapun kos untuk pertandingan ini agak tinggi dan kebiasaannya diperolehi daripada wang bonus si suami.
  • Contest pelita paling banyak
Kemenangan diberikan kepada rumah yang paling terang benderang. untuk memenangi pertandingan para peserta akan melakukan pelbagai teknik kreatif bukan etnik kreatif ok dalam menambahkan bilangan pelita mereka termasuk merampas pelita milik jiran sebelah tanpa keizinannya.











notakakilima: mari-mari kita menjoinkan diri.