Tuesday, April 24, 2012

Doa

Ya Allah,
Seandainya Engkau telah catatkan dia milikku dan tercipta untukku 
satukanlah hatinya dengan hatiku
berikan kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi
seiringkan kami melayari bahtera hidup ini
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah,
seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan
berilah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agar aku boleh bahagia walau tanpa bersamanya

Ya Allah Ya Tuhanku
pasrahkan aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau maha mengetahui segala yang terbaik untuk hambaMu ini.

Ya Allah Yang maha mengasihani,
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
seterusnya menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai.

Amin Ya Rabbal A'lamin.

 










 

Sunday, April 22, 2012

Oh midsem! Oh assignment! Oh paperwork!

Assalamualaium.

Mari merungut Malaysia! Sapa kat dalam dunia ni tak pernah merungut sila angkat hidung 5 saat dari sekarang? ok jangan nak tipu. Sebelum meneruskan pembacaan suka diingatkan ini adalah post yang merungut.

Lately ni wah kemain lagi tulis lately aku rasa sangat tak terurus. Kerja banyak bertangguh. Study pun malas padahal midsem ada dua paper lagi tak lepas. Setakat ni aku cuma gagahkan diri jawab midsem dengan redha tanpa habis study. Kau mampu?

Perenggan ini sesungguhnya menceritakan pasal assignment yang meminta-minta untuk dibelai. Oh yeah! Setakat ni aku ada selonggok assignment yang belum siap. ok buat cheaklist sikit dengan tujuan menghantui diri sendiri.

  • Production and operation management 29/4
  • Business Report Writing 26/4 
  • Entrepreneur finance 30/4
  • Bahasa Arab 1/5
  • Creativity and innovation 20/5

Wah tengok setiap subjek ada assigment yang belum siap. Seronoknya! sambil hantuk kepala kat dinding. Untuk pengetahuan semua ada certain subjek assignment nya terbahagi kepada dua iaitu individu dan berkumpulan. Tarikh kat atas tu cuma untuk assignment berkumpulan sahaja. kali ni hantuk kepala sambil nangis pulak.

Pasal paperwork pulak tak tahu nak cakap macam mana dah. Ada sapa-sapa willing nak ganti aku jadi pengarah projek tak? sobs sobs. Sila memahami ketidakwarasan aku sekarang.

Ok cukup. Nak sambung study. *konon*











notakakilima: gilalalalalalala.