Saturday, November 16, 2013

Bajet 2014 dan Mahasiswa

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini telah berlansungnya pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana  Menteri kita. Bajet 2014 telah dirangka dengan bertemakan "Memperteguhkan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji". Bajet 2014 digubal untuk memastikan pertumbuhan ekonomi terus berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara, dengan matlamat keseluruhannya memakmur negara dan mensejahtera rakyat

Antara teras utama dalam Bajet 2014 ini adalah :
  1. Merancak aktiviti ekonomi
  2. Mengukuhkan pengurusan fiskal
  3. Mengunggul modal insan
  4. Menggiat pembangunan bandar dan luar bandar
  5. Mensejahterakan kehidupan rakyat
Daripada lima teras yang ditekankan ini, saya akan fokuskan kepada yang berkaitan dengan manfaat kepada mahasiswa IPT.

Pertama, memperkasa pendidikan tertarian

Antara program yang akan dilaksanankan termasuk;
  •  Meningkatkan status universiti bertaraf penyelidikan dengan memperbanyakkan kajian penulisan dan penerbitan di peringkat antarabangsa.
  • Kerajaan meneruskan program MyBrain15 iaitu pembiayaan yuran pengajian di peringkat pasca ijazah, khususnya kepada golongan eksekutif di sector swasta.
Melalui sudut ini, pihak kerajaan ingin meningkatkan tahap kualiti seorang mahasiswa setelah mereka tamat belajar. Oleh itu, kerajaan mengambil langkah inisiatif untuk memudahkan dan menyelesakan mahasiswa untuk melalui proses pembelajaran mereka. Hanya mahasiswa sahaja yang perlu berusaha dan mengambil manfaat sepenuhnya atas keprihatinan kerajaan.

Kedua, memperkukuh latihan kemahiran. Ini bertujuan bagi menyediakan tenaga kerja yang produktif dan berkemahiran tinggi serta berkualiti tinggi untuk memudahkan kebolehpasaran mahasiswa setelah habis belajar. Seperti yang kita sedia maklum mahasiswa pada masa kini lebih mengutamakan teori berbanding kemahiran. Maka, mereka kurang proaktif. Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif dengan memperuntukkan jumlah wang yang tinggi kepada institut kemahiran.
  
Seterusnya ialah bantuan Baucer Buku 1Malaysia. Kerajaan masih mengekalkan pemberian baucer buku seperti yang telah dibuat sebelum ini. Melalui bantuan ini, kerajaan telah memberikan peruntukan yang tinggi kepada mahasiswa untuk membantu mendapatkan buku dengan menggunakan baucer yang bernilai RM250. Walaupun nilai baucer tidak banyak, namun sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan sedikit beban kepada mahasiswa ntuk membeli bahan bacaan yang akan digunakan untuk proses pembelajaran dan juga tugasan. 

Namun, ada juga mahasiswa yang tidak bersyukur dan melanggar arahan penerima baucer yang diberikan. Ada juga mahasiswa yang menukarkan nilai baucer ini kepada tunai walaupun nilai yang diperolehi itu lebih rendah daripada nilai baucer yang sebenar. Bagi saya, ini bukan salah kerajaan tetapi sikap mahasiswa itu sendiri yang tidak bersyukur dan tidak menghargai apa yang kerajaan berikan sebagai satu usaha untuk membantu mereka.

Kesimpulannya, sebagai mahasiswa, kita haruslah menggunakan segala manfaat dan kemudahan serta bantuan yang diberikan kerajaan kepada kita dengan sebaiknya. Jangan kita salah gunakan bantuan yang diberikan untuk kepentingan diri sendiri. Kerajaan mahukan generasi akan datang lebih berkebolehan dan mampu untuk meneruskan serta meningkatkan kualiti pentadbiran dan ekonomi negara pada masa akan datang. Kita sebagai mahasiswa juga perlulah menggunakan segala bantuan yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Saturday, October 19, 2013

Keracunan Makanan | Salah Siapa?

Keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas makan makanan yang tercemar oleh kuman atau bahan kimia. Kebanyakan kes keracunan makanan yang berlaku boleh mengakibatkan maut. Pada umumnya keracunan makanan menyebabkan beberapa kombinasi gejala bermula dari mual, muntah, dan diare yang mungkin berdarah.  Kadang-kadang disertai dengan gejala lainnya. Keracunan makanan dapat mempengaruhi individu atau sekelompok golongan yang telah mengambil makanan tercemar yang sama.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita keracunan makanan yang berlaku di sekitar utara Semenanjung yang begitu dasyat sehingga menyebabkan kematian. Menurut sumber, tiga maut, tiga kritikal manakala 59 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah.

Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Ismail Abu Taat berkata, ketiga-tiga mereka meninggal dunia disebabkan mengalami kekurangan air yang teruk kerana keracunan makanan. Tidak sampai seminggu kes tersebut, dua lagi kes keracunan makanan dilaporkan di sekitar Perak dan Pulau Pinang.


Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan terhadap kes keracunan makanan ini? Keracunan makanan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor utama ialah makan makanan yang;
  •  Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut (shell-fish) dan sebagainya
  • Tercemar oleh kuman yang merbahaya
  • Tercemar oleh bahan-bahan kimia
  • Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya
 
Kita boleh mengelakkan dan mencegah dari berlakunya keracunan makan dengan;
  • Elakkan kuman penyebab keracuanan daripada mencemari makanan terutamanya makanan berisiko tinggi
  • Simpan makanan pada suhu yang betul (makanan panas pada suhu panas, manakala makanan sejuk pada suhu sejuk yang sesuai)
  • Musnahkan kuman dalam makanan dengan memasak makanan secukupnya
  • Lindungi makanan dari tercemar dan awasi punca-punca pencemaran seperti pengendali makanan yang kotor, bahan mentah yang tercemar, serangga dan haiwan perosak, bekalan air yang tidak bersih, dan sisa serta bahan buangan. 
Kewajipan menyediakan makan dan minum yang baik telah disebutkan di dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud;

 “Seseorang telah cukup dikatakan berbuat dosa apabila ia mensia-siakan orang-orang yang menjadi tanggungan makan dan minumnya” 
(HR Abu Daud)

Kesihatan badan kita bergantung pada pemakanan yang sihat, berkhasiat dan bersih. Pengendalian makanan yang baik bukan sahaja setakat penggunaan peralatan yang bersih, makanan yang bersih, bekas ataupun persekitaran yang bersih tetapi memasak makanan keseluruhan. Ini bermaksud makanan bukan dimasak separuh masak terutama sekali daging dan telur serta makanan laut.

Makanan yang mentah juga perlu diasingkan daripada makanan yang sudah dimasak. Penyimpanan makanan yang betul juga mustahak dalam mengekalkan khasiat makanan. Penyakit bawaan makanan adalah penyakit yang biasa menyerang orang ramai. Walau bagaimanapun, ia dapat dielakkan dan dikawal sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk melindungi makanan yang dimakan dari tercemar oleh bahan pencemaran yang boleh menyebabkan penyakit.

Amalan kebersihan perlu dipraktikkan setiap masa .Keadaan cuaca panas dan ketiadaan bekalan air paip bukanlah suatu alasan untuk tidak mematuhi amalan kebersihan jika sikap suka kepada kebersihan telah sebati dalam diri setiap rakyat Malaysia. Oleh itu kita sebagai rakyat yang peka perlu sama-sama memastikan diri dan keluarga selamat dari gejala-gejala keracunan makanan.


Monday, September 30, 2013

Hari Malaysia


Pada 16 September lalu, seluruh pelusuk rakyat negara ini tidak mengira kaum, peringkat umur, pekerjaan, kaya atau miskin dan juga fahaman politiknya, kesemuanya tidak terkecuali menyambut sambutan Hari Malaysia. Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun adalah hari yang menjadi milik semua.

Tidak seorang pun di antara kita, perlu berasa diketepikan, sangsi atau terpinggir dalam menyambut hari yang amat bermakna dan bersejarah kepada negara ini. Hari Malaysia wajar dihayati kerana kesannya yang bukan sedikit terhadap pembangunan negara dari dulu sehingga kini.

Justeru, pengetahuan terhadap sejarah adalah kata kuncinya. Orang cerdik pandai sering berkata, sejarah merupakan guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk membina masa depan.
Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 yang menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.



Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat berbilang kaum.

Bagaimanapun, penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrontasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga 1966. Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British.

Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei pada penghujung 1962. Bagaimanapun, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 kepada 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh itu pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina memperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Justeru, adalah merugikan jika segala kesukaran dan kepayahan itu disia-siakan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dan bertelagah dalam segala isu yang akhirnya meruntuhkan penyatuan Malaysia ini. Selain itu, perlu diakui, kekuatan Malaysia bukan sahaja terletak pada pembangunan di negeri-negeri Semenanjung sahaja, tetapi juga di Sabah dan Sarawak yang menjana ekonomi Malaysia keseluruhannya.


Wednesday, March 6, 2013

Precious time



  • To realize the value of one year, ask a student who failed a grade. 
  • To realize the value of one month, ask a mother who has given birth to a premature baby. 
  • To realize the value of one week, ask the editor of a weekly newspaper 
  • To realize the value of one hour, ask the lovers who are waiting to meet. 
  • To realize the value of one minute, ask a person who just missed a train. 
  • To realize the value of one second, ask someone who just avoided an accident. 
  • To realize the value of one millisecond, ask the person who won a silver medal at the Olympics. 

"Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That's why its called the present. Time waits for no one."