Thursday, December 29, 2011

Gejala-gejala student nak amek exam




Symptom symptom student bila final exam dah nak dekat. 
  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan-jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi  pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.










notakakilima :aku rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Hahaha. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload.

Thursday, December 15, 2011

Aku bukan turpedo

Assalamualaikum.

Tadi aku ternampak satu laman web nie Malaysian-speedtest.10-fast-fingers. Kat sini dia akan bagi beberapa perkataan yang memang selalu di taip rakyat malaysia la kononnya untuk uji kelajuan kita menaip. Aku pun try la. Nie result dia.

Typing Test Score
Visit the Typing Test and try!


Ok aku malu nak mengaku yang aku memang menaip slow, belum boleh tergolong dalam golongan blogger sejati lagi. Korang mesti boleh buat better dari nie especially blogger-blogger otai macam Ben Ashaari.

Cuba la. Memang berasap keyboard dibuatnya. Hahaha.








notakakilima: at least aku taip semua perkataan dengan betul. bak kata pepatah 'biar lambat asal selamat'. alasan semata mata. ^^,



Friday, December 9, 2011

Surat untuk pakwe yang tak dianggap

Salam.

Amacam pakweku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je. Pakweku, gua telah membaca surat lu tempoh hari. Apasal lu buat gua cenggini? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam. Very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup cantik ke? Atau lu sudah ada awek lain? Lu sound gua beb! mentang-mentang gua tak pandai makeup, lu buat langsi pulak ngan gua. Ada ke patut lu pegi couple dengan sameah bedak tebal tu. Lu tak rasa ke muka dia tu dah macam tepung gomak. Apa la yang lu hadap sangat dengan dia tu.Gua lagi hot lu tahu?!

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua kasi kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macam ni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Gua tau sapa gua. Gua memang macam ni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takde pun macam ni. Lu tak kisah pun! Lu layan gua selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua sayang kat lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde pakwe lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Pakwe lain gua usya diorang tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhir kata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb! Gua akhiri surat ni dengan pantu dua kerat.

Sharifah Aini mandi telanjang,
Surat ku beri jangan dibuang.

Yang Benar,
Awekmu yang rock.

 Lu jangan imagine beb. scary sial!

 

Thursday, December 8, 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

Assalamualaikum.

Entry kali ni ditulis bertujuan untuk join giveaway yang dibuat oleh Nisa Kay dalam blog beliau iaitu Saya Suka Menaip.

Walaupun aku ni jenis insan yang tergolong dalam golongan WAJIB mandi bunga sebab tak pernahnya bertuah pun tapi, apa aku kesah? Hadiah giveaway ni banyak woo. Rugi kalau korang tak join. Senang je nak join give away ni.

  • First : Buat entry bertajuk " The Ultimate Year End Giveaway "
  • Second : Letak banner kat atas tu.
  • Third : Letak link sponsor giveaway ni. sebijik cam kat bawah ni. WAJIB letak ok! Korang sangat digalakkan untuk LIKE fanpage sponsor dibawah.


      Harap-harap menang la kan. Gerak dulu ye kawan-kawan. Aku nak pegi mandi bunga untuk kali yang ke- 8191714327. Adios!

       Giveaway berlansung dari 6 Disember hingga 31 Disember.




       


      notakakilima: Nisa please choose me. hehe