Friday, January 27, 2012

Let go

It doesn't matter anymore.
Thing happen for no reason.
Tears eventually fade,
and one day everything will be exactly how it's suppose to be

Moving on is a process,
and you have to promise yourself that you're really ready to let go.
Yes you can Nurafizah Che Ap!









notakakilima : let bygones be bygones.



Sunday, January 22, 2012

Untungla dapat header free

Assalamualaikum.

Hari tu aku ada join satu segmen ni. Sila rujuk entry INI. Sebenarnya aku tak harap pun nak menang segmen ni sebab masa aku hantar link belog macam dah tak berapa pantas je. Tapi aku hantar je. Ye la bak kata pepatah, usaha itu tangga kejayaan. Ok tak payah nak bak kata pepatah sangat la kan? 

Di pendekkan cerita aku dapat la pulak header free dari Adik Nur Aqiela ni. Walaupun dia ni masih muda tapi bagi aku dia ni sangat berbakat. Blog dia sangatlah comel dan sweet. Rasanya dia buat sendiri design tu semua. Hebak kan?

Inilah rupa belog aku selepas di transform kan memakai header baru. Header tu cantik tapi terlalu girly untuk aku. Walaupun blog aku pink tapi hati aku ganas. uhuk uhuk. Camna pun aku simpan gak header ni. Mana la tahu tetiba aku bosan ngan header aku sekarang ni so aku bolehla main tukar-tukar header nanti. yea!



selepas


Aku pakai header ni kejap je sebab macam tak sesuai je ngan aku. By the way aku ucapkan sekalung terima kasih untuk Adik Nur Aqiela. Meh akak kiss sikit.
Muaaahh. -.-  *blushing tak memasal*







notakakilima: belog guwa pink tapi hati guwa kebal. ahaks. 


Wednesday, January 18, 2012

Lelaki itu

" Aku tidak mencari seorang lelaki untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. Seorang yang boleh mengingatkan aku kiranya aku terlupa dan yang paling penting lelaki yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.    "






" Ya Allah jika benar jodohku dengannya. Maka kau permudahkanlah. "
Aminn..





Saturday, January 14, 2012

Header free? sapa tak mau



klik laju-laju pada banner untuk maklumat lanjut

Segmen ni anjuran adik Nur Aqilah bt Ahmad Jamil. Hah nama penuh aku bagi. Blog dia sangatlah pink dan comel macam tuan empunya blog gak. Blog dia jugak sangat simple dan sweet. Sedap mata memandang gitu. Kalaulah ditakdirkan aku dapat header free ni, kat bawah ni sedikit detail aku lampirkan. ahaks. 

  • Nama header : Epilog Seorang Aku
  • Tagline : Hidup ini tentang aku, dia, mereka dan kamu
  • Nak header yang transparent
  • Warna tulisan : Purple + Pink
  • Header yang simple dan sweet sangat digalakkan (demand)
  • Email : urgent21@yahoo.com





notakakilima: macam tak berapa pantas je aku buat entry ni. gasak je. usaha tangga kejayaan.



Jawab exam sampai tercirit

Assalamualaikum.

Hari ni aku ada exam Business Accounting. Actually ni adalah last paper aku untuk sem ni. Exam mula pukul 9 pagi. Disebabkan exam pagi aku pun bangun awal la untuk mengelakkan diri dari terlajak tido. Kalau hari sebelum ni takde exam, paling awal aku mampu bangun dalam area pukul 10 la. Tu paling awal tapi selalunya lambat la. 

Nak dijadikan cerita pagi tu aku bangun tido, sakit perut gila. Macam sakit perut nak senggugut. Aku pun pegi la toilet. Aku ni setiap pagi keja nak memerut je. Dah jadi rutin aku sehari-harian. Tapi pagi ni sakit perut semacam pulak. Masuk je toilet tercirit terus disebabkan terlalu sakit perut. Acually perlu ke cerita? dasar selekeh. Tolong jangan bayangkan untuk mengelakkan sebarang ketidakcelaruan emosi.

Aku ni kalau gelabah memang selalu sakit perut. Yang peliknya exam sebelum ni takde pulak sampai macam ni. kira rileks-rileks je. Maybe sebab tak habis study kot.

Masa nak pegi dewan exam member aku ramai gak yang mengadu sakit perut. Keracuanan makanan ke? Tapi kitorang bukannya duduk asrama makan makanan yang sama. Sesungguhnya ni bukan status aku :

sory der guwa cilok lu punya status fb


Aku ingat aku sorang je nervous nak jawab exam ni sampai tercirit rupanya ramai gak senasib ngan aku. Paling malang member aku sorang ni tengah jawab exam boleh pulak dia nak tercirit. Haish sudah jatuh ditimpa tangga. Main rembat je masukkan peribahasa. 



Pengajaran hari ini : Jangan study last minute sebab nanti masa jawab exam boleh tercirit. babai.

Thursday, January 12, 2012

Jodoh itu rahsia Allah

Assalamualaikum
" Jodoh itu rahsia Allah SWT. Sekuat mana kita setia. Sehebat mana kita merancang.  Selama mana kita bersabar. Sejujur mana kita menerima kekasih kita. Percayalah. Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita.  Kita tetap tidak akan bersama dia. Fikir positif dan terimalah takdirNya. Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah bertukar dan nescaya akan bertemu juga pada saatnya. InsyaAllah.  ♥ "

Wednesday, January 11, 2012

Loreal Roll On True Match

Assalamualaikum.

Ni entry pertama aku cakap pasal barang makeup. Actually aku ni bukan tak minat benda-benda yang girly ni tapi masalahnya aku tak reti. Aku tengok orang pakai makeup cantik je. Bila aku try, dah macam hantu tepung gomak je jadinya. Macam conteng muka sendiri pun ada. Aku ada gak beli makeup macam eye shadow and maskara semua tapi jarang sangat aku pakai.

Sekali sekala tu ada jugak aku try pakai. Ye la, sayang kot beli mahal-mahal tapi tak pakai. Tapi hampeh. Comot gila jadinya muka aku. So bila keluar aku cuma pakai bedak compact je.

Cut the crap.

Sebenarnya aku nak tunjukkan satu produk ni. Aku tak sure la kalau produk ni dah lama tapi aku baru notice kewujudan dia. Memperkenalkan  Loreal Roll On True Match


First time tengok produk ni rasa cam best sangat sebab senang nak apply kat muka. Ada span boleh golek-golek kat muka. Best sangat. Tak payah pakai jari pun boleh. (merujuk kepada iklan sunsilk dulu-dulu) Colour dia pun sesuai ngan kulit orang asia so bila pakai nampak natural je. Jom la kita beli ramai-ramai.



Merujuk kepada iklan di atas. Adakah selepas menggunakan Loreal Roll On True Match ni muka aku serta merta akan bertukar menjadi cantik seperti Aishwarya Rai? 

Tak semena-mena perasaan membuak-buak nak beli produk ni dengan kadar segera. Harga tu lain kira asalkan muka ada santeek. Ok la jangan buang masa. Aku rasa la kan nanti bila pakai Loreal Roll On True Match ni, muka aku akan bertukar jadi cam kat bawah ni. Ok tak lawak.



Tolong katakan serupa untuk jaga hati aku
credit to Fatin Liyana






notakakilima: muntah hijau tengok muka sendiri. perlu beli  Loreal Roll On True Match dengan kadar segera. hehe