Saturday, January 22, 2011

Seni lipatan buku

Assalamualaikum.

sejak kebelakangan nie aku semakin malas nak bukak blog.
tak taw nak buat entry pasal apa.
tiba-tiba ternampak sesuatu yang menarik.
Korang pernah tengok tak lipatan buku yang sangat cool?
lipatan buku nie ialah hasil kreativiti artis bernama Isaac Salazar.
aku pun tengok dari internet je tapi menarik betul.
tak sangka benda camnie pun orang boleh jadikan art.
untuk yang creative tu boleh la cuba.

Layan!

Dream

Faith

Love

Read

 

Tuesday, January 18, 2011

Roomate

Tanggal 20 Julai 2010. satu lagi episod dalam hidup aku pun bermula. chewah. hari nie aku akan masuk universiti pilihan aku UUM. universiti nie adalah pilihan pertama aku n course yang aku ambil nie pun 1st choice.

Mula-mula datang sini abah ngan mama yang hantar. rasa cam dah dewasa pulak bila dah masuk u nie. hehe. actually bukan nak cerita pasal nie tapi pasal roomate aku. dah menyimpang pulak.

Masa check in bilik orang pertama merangkap kawan pertama aku kat sini, tak lain tak bukan Nor Hanan Bt Aziz. roomate yang paling aku sayang. hehe terharu tak weh?

Hanan nie orang Terengganu. masa mula-mula dulu memang dia kecek klate la. serius aku susah nak faham. walaupun roomate aku kat matrix dulu ada orang kelantan gak. tapi lama-lama boleh la. so far so good. hehe. hanan nie sempoi je sebab tu aku ngan dia boleh rapat. kami sama-sama gila. tapi hanan gila lebih sikit. hehe sory. dia nie kuat makan gak tapi badan maintain je. dia ada tali pinggan hitam belajar taekwando. jelous nya aku. banyak lagi nak tulis pasal dia tapi tak da idea sudah. hehe

Apa pun aku sayang kau roomateku.

aik ada lagi. yang nie bukan roomate aku tapi row mate masa sem 1. bagi aku roomate la jugak coz memanjang ada kat bilik aku. hehe

Nama diberi Nurul Shaheedah. budak kecik yang comel tapi garang. sapa-sapa yang tak kenal dia mesti setuju ngan statement kat atas. hehe. tapi bila dah lama kenal sebenarnya dia ok je. senang je nak buli dia nie.  sheda jgn marah aku lempang nanti. :-P

Aku pun tak ingat camna aku ngan hanan boleh rapat ngan dia. mungkin sebab kami sekepala kot. statement diatas bukan bermaksud berkongsi kepala ye. hehe. aku pun tak nak kongsi kepala ngan sheda sebab badan dia kecik. hehe sheda nie penakut sebenarnya. suka betul aku ngan hanan bila dapat menyakat dia nie. macam budak kecik je tengok dia takut. sama macam hanan budak kecik nie pun kuat makan tapi tak jugak besar-besar gak. aku doakan ko cepat membesar ye.

By the way aku sayang kau jugak.

p/s: aku tak de kelas hari nie. hahaha. aku taw korang jelous.



 

aku dan roomate
 


aku, sheeda ngan hanan




mohon maaf tapi tangan aku memang dah lama gatal nak upload gambar bantal busuk sheeda ni.