Wednesday, March 30, 2011

Camna lelaki merajuk

tak puas hati pe la gamaknya tu?
  • Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. tak puas hati la konon. tapi adat la kalau orang dah merajuk. perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

  •  Diam Seribu Bahasa 
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. walaupun kita bercakap dengan dia, dia just mengiayakan atau dia anggukkan kepala je. dia sikit pun tak kan layan kita macam sebelum ini. kalau benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

  •   Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. kalau kita minta tolong dengan dia akan buat-buat kemaskan meja la, pura-pura berlakon jadi tiang letrik la. yang penting dia akan buat acuh tak acuh je. paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapbuat seolah-olah kita ni tak wujud.

  •  Keluar Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. nak protes la tu kononnya. kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita sebab confirm dia akan buat dek je!

  •  Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. dia tak suka diganggu bila perasaan tengah marah. untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

  •  Hisap rokok. 
Cara dia hisap rokok tu macam tak pernah dapat rokok setahun.




notakakilima: macam ada pengalaman je nak tulis banyak-banyak pasal lelaki nie. tak tahu betul ke tak semua nie just dari pemerhatian aku je. nak tahu banyak-banyak tanya la lelaki tu sendiri. hehe.

2 comments:

Nurul Shaheedah said...

dak faiz slalu senyap je kalau merajuk. nyampah i taw. hehehe. off hdst tu bukan kau ke slalu buat ? ekekekeke

Nurafizah Che Ap said...

tu dulu sekarang tak buat dah. hehe