Thursday, April 14, 2011

Miss the moment

Assalamualaikum.


Hari nie genap setahun aku tinggalkan zaman matrik aku.sebenarnya aku tak ingat pun tapi masa tengah makan tadi tetiba ada sorang member aku nie cakap.
"weh ingat tak hari nie hari ape?'
"hari khamis, nape?'
"tak la hari nie kan hari kita habis matrik, kitorang budak matrik penang semua tukar profile pic kat fb letak gambar loga kmpp"

Mula-mula tu aku buat bodo je pastu check kalender memang betul pun, aku siap buat note lagi kat kalender.
'Last day kat kmm, bye kmm!' banyak kenangan aku masa kat matrik dulu-dulu. bak kata orang masa tu la aku mula merasa hidup jauh dari keluarga. macam mana rasa tak balik rumah tiga bulan. macam-macam lagi la.

Bila teringat pasal matrik. first things come across my mind tak lain tak bukan roomate aku. seriously aku rindu sangat kat diorang. sebab diorang la aku jadi kuat nak teruskan belajar kat situ. pernah sekali tu masa sem 1 aku pergi jumpa kaunselor mengadu kat dia yang aku nak mintak tukar matrik. bila dia tanya aku jawab la sebab jauh sangat dari rumah aku. Perak-Melaka. korang rasa jauh tak? bagi aku jauh gila kot. kalau naik bas pun dekat 8 jam baru sampai. tegang segala urat dalam badan nie. bontot pulak tak kira la memang kematu habis la duduk berejam dalam bas.

Aku memang nak cerita pasal roomate aku tapi kalau cerita mesti entry nie jadi karangan 5 muka surat sebab kenangan kitorang banyak sangat. biar la aku simpan semua nie dalam kepala otak aku. tapi satu je yang aku terkilan sikit. aku tak de satu pun gambar kitorang sama-sama. aku cari dalam fb tapi mostly dah dipadam atas sebab-sebab tertentu. dulu memang ada tapi aku simpan semua tu dalam pendrive.

Nak dijadikan cerita pendrive aku rosak tanpa sempat aku backup semua gambar tu masuk dalam laptop. sayang sangat. T.T.

Aku tak suka tulis panjang-panjang nie so pendekkan je la cerita. hari terakhir aku kat matrik abah yang datang ambil. mama tak datang sebab sibuk lagipun adik-adik kat rumah nanti tak ada sapa nak tolong tengokkan. last day tu ada 1 paper la which is ekonomi. aku jawab pun dah tak fokus masa tu tapi nasib la result ok gak. bila keluar je pagar Kolej Matrikulasi Melaka, aku rasa sebak sangat. tak tahu la kenapa. maybe sebab banyak sangat kenangan kat sana kot. sayang nak tinggalkan roomate pun ada gak. ntah la. walaupun dah setahun berlalu tapi kenagan tu memang takkan terpadam sampai bila-bila. INSYAALLAH.

To my dearest roomate: aku sayang, rindu sangat kat korang. korang takkan jadi my ex-roomate sebab dalam hati aku korang la roomate aku selamanya. T_T. sayang korang ketat-ketat. Eha, Bella and Atin. mmuuaahh.

wing mate. sayang korang.


Classmate. A2P2 dalam kenangan.


notakakilima: aku tak de kawan laki masa kat matrik kalau ada pun sebab kitorang satu kelas, itu pun berapa orang je.

3 comments:

Nurul Shaheedah said...

sobs sobs. melaka bandar bersejarah. *tetiba je. hohoho

Nurafizah Che Ap said...

x sabar nak balik lor tu. hehe

haryanti ismail said...

nape ye gmbr ak takde dlm uh..tak ngaku jiran ke??