Sunday, April 24, 2011

Hari sang sapurba

Assalamualaikum dan salam segayong.
Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingati kebesaran Allah yang mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan haruslah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Niatnya bersih bauya suci,
Berseru kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia dijunjung tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingat junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju
Ni la lagu silat gayong kalau korang nak tahu. lagu ni nyanyi bila ada majlis rasmi je. kalau setiap kali latihan tak perlu la nak nyanyi cukupla sekadar bukak gelanggang je.

Mesti ramai pelik kan dengar tajuk entry ni. untuk pengetahuan hari sang sapurba tu macam majlis adat la untuk anak-anak gayong. dalam majlis ni akan diadakan penyerahan bengkung dan sandang untuk semua yang berjaya tamatkan silibus gayong. aku dah naik bengkung pelangi hijau. haha. sebenarnya kalau nak diikutkan hari sang sapurba ni lebih kurang macam hari memperingati Dato' Meor selaku pengasas silat gayong. aku pun tak de la arif sangat pasal benda ni. sekadar tahu macam tu je la pun. tak banyak pun aku nak cerita lagipun kalau cerita lebih-lebih pun macam syok sendiri je. belum tentu orang faham. nah tengok gambar.

Yes akhirnya!


Menerima bengkung.


Srikandi silat.



Gong perasmian


Bersama jurulatih kesayangan.


Penerima sandang.







notakakilima: majlis habis pukul 7 malam tadi, memang penat sangat. tapi yang bestnya masa jamuan tadi ada pulut kuning, sate, nasi minyak, kek, buah-buahan, macam-macam lagi. ingat balik pun boleh buat aku kelaparan. hahaha.

1 comments:

Nurul Shaheedah said...

cis. apesal tak bungkus utk aku sikit! curik belt kau kang. hehehe