Assalamualaikum.
Pagi tadi aku bangun dengan perasaan berdebar. semua benda yang aku buat serba tak kena. mandi rasa tak kenyang. makan sarapan pun rasa cam tak basah je. mama yang menyedari keadaan aku hanya mampu tesenyum sambil memberi kata-kata semangat yang serba sedikit mengurangkan rasa kedegupan yang melonjak. ok hari nie result SPM dah keluar. serius aku berdebar.
Sila abaikan perenggan diatas kerana berikut hanyalah monolog aku tatkala nak ambil result SPM 2 tahun lepas. ya, saya bukan lagi pelajar sekolah sebaliknya seorang mahasiswi universiti. (sekali lagi ayat skema). tapi camna pun aku still ingat lagi ke'nervous'an aku tatkala pagi nak ambil result tu.
Pagi tu memang aku bangun awal la. tak pernah-pernah bangun awal. ye la mana tak awal malam tu tak boleh tido lansung memikirkan result nie. mimpi ngeri silih berganti hingga pagi menjelma. pagi tu lepas mandi ngan breakfast aku terus keluar pergi sekolah ngn kawan-kawan aku. aku pergi sekolah lewat so masa tu dah ramai la yang beratur ambil result.
Tanpa berlengah aku pun pergi la kat cikgu kelas aku sebab cikgu kelas yang pegang result kitorang. sampai je kat meja tu bermulalah sebuah dialog.
Cikgu : Nurafizah Che Ap kan? kejap (sambil cari result aku) tahniah ye!
Aku : (tengok-tengok result) ala.....
Cikgu : ok la tu, usaha kamu semua tu.
Nak tau aku dapat berapa? segan la nak bagitahu. seriuosly aku nangis tengok result sendiri. (accually sebab member aku nangis gak) aku dapat 5A je. aku pun terus balik tanpa jumpa ngan member-member yang lain. kecewa punya pasal. sampai je rumah aku diam je sampai mak aku tanya. "mana result hang". aku pun tunjuk slip tu kat mak aku pastu mak cakap. "ok la nie". mak aku tak marah langsung. huh nasib! aku sayang mak aku. esoknya aku pun dah ok. dah lupa pasal result tu so kembali berfoya-foya seperti sedia kala. hehe. Melayu mudah lupa.
notakakilima: aku bersyukur sebab result aku tak de gagal mahupun cukup-cukup makan kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih teruk. lagipun salah aku jugak sebab banyak brfoya-foya berbanding study. mak aku bayar yuran tuisyen suruh aku belajar tapi aku ponteng pergi tengok wayang. sory mama. hehe.
2 comments:
tahniah bengkok!! nnt aku belanja mcd. hahaha ;p
ceh.
Post a Comment