Friday, March 25, 2011

Doodles

simple.


Kawan-kawan semua tahu tak doodles tu apa? hehe. excited betul. 


doodles bukanlah adik-beradik mahupun spesis dodol tetapi adalah satu gambar atau lebih kepada contengan dari seseorang ketika kurang fokus. 


contoh paling mudah bila korang bosan tatkala ketandusan idea menjelang exam. kalau aku mesti punya menconteng kertas exam tak tentu hala. ha! contengan tu la yang dipanggil doodles. kat atas tu contoh doodles yang simple. 


Contoh stereotaip mencoret-coret nie selalunya boleh dikorek di contengan buku-buku sekolah masa student melamun atau kehilangan fokus dalam kelas. biasalah cikgu mengajar kat depan dia kat belakang dok sibuk mencoret idea terpendam. kalau student yang nakal sikit tu mak cik yang tengah sapu sampah tu pun dia ngorat.

ada setengah orang suka melukis doodles bila tengah bercakap kat telefon. ikut orang gak la tapi yang pasti doodles nie orang selalu buat bila dah tak da kerja dan ketika bosan tahap gaban. tapi semua tu tak penting tapi seni doodles tu sendiri yang orang nak tengok pun. babai!
 




notakakilima: aku suka lukis doodles masa tengah makan dodol. anda?

2 comments:

nub said...

ingatkan makanan doodle ni

Aku shj said...

adakah doodle tersebut ada bau-bau bacang dgn dodol?