Tuesday, March 8, 2011

Kecurangan akademik

Assalamualaikum.

Bila bercakap pasal kecurangan akademik nie macam-macam boleh jadi. tapi kecurangan akademik yang aku nak cakap nie pasal kes meniru dalam exam.

Rasanya nie lah bahasa paling sopan rasanya untuk men'describe' insan-insan yang meniru nie. aku nie bukanlah pandai sangat tapi tak pernah pun terlintas untuk aku meniru. secara jujurnya aku tak berani.

Jangan pandang-pandang


Pelik tak kenapa tetiba aku cakap pasal benda nie. sebelum tu maaf sekiranya ayat aku terlalu skema. aku baru balik dari exam law maka bahasa aku kadangkala mungkin berbaur bunga-bunga cinta.

Oh lagi satu ditambah dengan ayat berbelit, mungkin juga aku bakal menggunakan terma undang-undang dalam entry ini disebabkan masih belum puas mencoret perkara tersebut diatas kertas jawapan sebentar tadi. maaf seandainya kalian kurang memahami.

Aku rasa sekarang nie hard disc dalam otak aku semakin 'kong' disebabkan terlalu banyak menghafal kes diikuti akta-akta yang 'pelik'. oh tidak! aku dapat rasakan medulla ablongata aku semakin membengkak. eh2. lebih-lebih la pulak.
ni otak aku. terima kasih google.


Sebelum aku mengarut lebih banyak marilah kita berbalik kepada tajuk diatas.

Kecurangan akademik nie kalau kita nak gunakan bahasa undang-undang bolehlah disebut sebagai frod. menurut seksyen 17 akta kontrak, frod ialah perbuatan yang dilakukan oleh suatu pihak yang membuat kontrak atau oleh agennya dengan niat untuk memperdayakan pihak lain.

Jangan la korang terima terus definisi tu. sesuaikan la sikit dengan topik kita.

Ok lah sebenarnya aku nak cerita, masa exam law tadi ada orang meniru. siapakah? ce cite ce cite. beliau adalah seorang chienese guy yang duduk berdekatan ngan tempat duduk aku. mula-mula dia duduk aku tak sangka pulak dia nie pen'tiru'. muka dia dah la ala-ala pelakon korea. bak kata orang innocent gitu.

 hah lebih kurang camni la


Masa dapat kertas soalan aku nampak beliau mengeluarkan toyol beliau. betul nie tak tipu. mula-mula aku ingat dalam poket je ada rupa-rupanya dalam pencil case pun ada. khusyuk betul beliau meniru sepanjang exam berjalan. pengawas exam pun macam tak jalankan tugas je. mungkin sebab baru mid sem so diorang malas nak strict sangat.

seriously aku pun banyak lupa akta-akta tapi tak perlu la nak meniru rasanya. geram betul aku! apa-apa pun lu pikir la sendiri, mungkin sekarang selamat tapi bak kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua! ok dah keluar peribahasa nampaknya. bye. :-p




notakakilima: tak mungkin 'beliau' baca blog aku tapi apa-apa pun SILA TERASA. oh ya toyol bermaksud membawa nota untuk ditiru bukan toyol betul.

3 comments:

bedpet said...

toyol betul tu mcm perli aku je. hahahaha. kite bako je chinese tu! hahahaha

Aku shj said...

setuju!

nurul said...

aku de sesuatu yg xstju!!!!!nape ko gne gmbr pkwe untk mggmbrkn toyol 2???hahaha...cian siwon aku,,,hihi