Saturday, March 26, 2011

Earth hour vs lilin

Hari nie seperti yang semua maklum adalah earth hour. kat kampus aku sekarang nie pun dok tengah bergelap. tapi kat bilik aku sendiri, aku still lagi bukak lampu tidur + lappy yang memang aku tak tutup. sebenarnya aku tak berkenan sangat la ngan 'menda' nie. mesti ramai yang tak setuju ngan aku kan? memang la ada kebaikan tapi setiap kebaikan kan ada keburukan jugak. ish pe benda la aku merepek nie? ok lupakan. tapi cuba korang bayangkan kalau masa earth hour nanti mesti ramai yang nak nyalakan lilin kan? langkah ini sebenarnya langsung tidak efisyen. why?


Ya, lilin sangat romantik, sangat syahdu dalam kegelapan tapi sedarkah korang bahawa kebanyakan lilin diperbuat dari hydrocarbon. pembakaran lilin pada hakikatnya hanya akan menyumbang 'greenhouse gas' dan karbon dioksida berlebihan melebihi dari penggunaan lampu elektrik yang 'ditutup' itu sendiri.



Bayangkan ribuan, malah jutaan manusia menyalakan lilin ketika beramai-ramai merayakan simbolik ini, berapa banyak gas yang mencemarkan telah disebarkan keluar, walhal tujuan asal adalah untuk menyelamatkan bumi.



notakakilima: biarlah betul-betul bergelap barulah dikatakan earth hour. kan kawan-kawan sekalian? say no to light or vice versa.

2 comments:

bedpet said...

hoi. kau buat ape dgn hanan haa gelap2 tu. hahaha

Aku shj said...

ada la projek sikit, budak-budak jgn sebok. hahaha.