Saturday, March 26, 2011

Bersilat dalam hujan

Salam, ok nak cerita sikit. hari nie sabtu aku menjalankan rutin biasa aku. pukul 6.45 bangun solat subuh, tu pun selepas dikejutkan dgn sopan-santun dan penuh kasih-sayang oleh roomate tercinta kalau tak memang terlepas la subuh aku. pastu sambung tido balik. sebelum tu kunci jam dulu pukul 9 sebab nak bangun. setiap hari sabtu aku ada latihan silat. nak dijadikan cerita subuh tu hujan. hati aku pun berbunga la dengan harapan latihan dibatalkan. malas la nak fikir, ok aku pun sambung la tido balik.

Pukul 9 jam henfon aku berbunyi. lek lu! aku pun snooze sampai pukul 9.10. aku bangun je terus kelam-kabut cari towel g mandi. masa aku bangun tu hujan dah berenti so dalam keadaan bermalas-malas aku pun g jugak mandi. 15 minit kemudian aku pun dah siap. tengok jam awal lagi so aku pun buat la air milo sebagai penambah tenaga untuk bersilat nanti. pukul 9.45 aku pun gerak g tunggu bas. 

Dipendekkan cerita aku pun sampai ke padang tempat bersilat. nasib baik tak lewat kalau tak mesti kena pusing padang 3 kali. tak sanggup aku. baik aku habiskan tenaga bersilat dari berlari-lari tak tentu hala. pagi tu mendung je macam nak hujan. tapi latihan tetap diteruskan. tak lama lepas tu hujan start turun tapi kali nie renyai-renyai je. sekali lagi nak dijadikan cerita hujan makin lama makin melebat. tapi yang malang sekali jurulatih boleh pulak buat bodo tak tahu je. 

" hujan sikit je nie, teruskan latihan" kata jurulatih aku.

Memang malang la nasib kami semua. hujan pulak makin lama makin lebat. nasib baik baju silat tu kaler hitam n tebal kalau kaler putih korang bayangkan la betapa seksinya kami pelatih-pelatih silat wanita nie. hehe. memang basah kuyup la kitorang dibuatnya. lagi 10 minit nak habis latihan barulah jurulatih aku ajak kitorang semua berteduh kat khemah berdekatan. tapi masa tu semua dah basah kuyup. beg pun dah macam berenang dalam air je. nasib baik henfon tak bermasalah. petang nie ada mandi minyak pulak. "sory la jurulatih saya tak dapat join", kata aku. hehe babai!


masa ni dah basah kuyup sebenarnya.



pahlawan sejati yang tak takut hujan.



notakakilima: maaf cerita yang bosan.