Bila aku terbaca tips ni,senyum sampai ke telinga.kenapa?aku lah yang si kurus tuh hihi.Sebenarnya pernah juga cari tips macam ni,mana taknya kebanyakkan tips semua untuk mengurangkan berat badan bukan menambahkan..sedih!
Mari lihat beberapa tips untuk Si Kurus yang ingin menambah berat badan.Mungkin berguna untuk anda?
Sebenarnya seseorang yang memiliki nilai BMI kurang dari 18 bererti memiliki berat badan di bawah normal, BMI 18,5-24,9 bererti memiliki berat badan normal, BMI 25-29,9 bererti memiliki berat badan berlebih dan BMI lebih dari 30 bererti mengalami kegemukkan.
Faktor apa menyebabkan seseorang itu kurus?
1. Memiliki tahap metabolisme yang cepat
2. Pengaruh faktor genetik
3. Keperibadian dan lingkungan sekitarnya
4. Serta beberapa keadaan tertentu yang boleh mempengaruhi tahap metabolisme atau dari hormon tertentu.
Bagi yang memiliki tubuh kurus atau BMI di bawah normal, ada beberapa cara sihat yang boleh dilakukan untuk menaikkan berat badan, seperti dikutip dari MedicineNet.com,iaitu:
1. Makan makanan yang mengandung kalori, vitamin dan mineral tinggi.
2. makan dengan keseimbangan yang tepat, nisbah yang disarankan adalah 60-70 peratus karbohidrat, 10-15 peratus protein dan sejumlah kecil lemak.
3. Membatasi pengambilan air atau cairan setengah jam sebelum dan sesudah makan, kerana kalau banyak minum sebelum makan akan membuat perut kenyang sehingga nafsu makan berkurang.
4. minum jus seperti epal, peach, jeruk atau pisang untuk meningkatkan kalori
5.mengambil beberapa sumber lemak baik yang berasal dari makanan seperti kacang, alpukat, minyak zaitun dan lemak ikan (salmon dan mackerel)
6. Mengambil beberapa makanan ringan diantara waktu makan seperti yogurt atau buah-buah kering
7. minum susu secara teratur, kerana tidak mengandungi kalori tapi juga nutrisi penting lainnya seperti protein, vitamin dan mineral, serta mengandung bakteria sehat yang boleh membantu sistem pencernaan.
8. Berolahraga secara teratur kerana akan membuat tubuh sentiasa sihat.Keadaan ini boleh membantu mengembangkan otot-otot tubuh yang ramping menjadi lebih berbentuk, serta meningkatkan nafsu makan.
9. Selalu berpikiran positif, kerana pikiran boleh mempengaruhi pola makan dan juga proses pencernaan yang terjadi.
10. Mendapatkan waktu istirehat dan tidur yang cukup 7-8 jam secara teratur.
notakakilima: this entry is copied for sharing.
9 comments:
aku
kena
apply
cara cara
nak
gemok
tu
banyak tak aku komen ? ekekekekeke
yo lah.
Post a Comment