Bila bercakap pasal kecurangan akademik nie macam-macam boleh jadi. tapi kecurangan akademik yang aku nak cakap nie pasal kes meniru dalam exam.
Rasanya nie lah bahasa paling sopan rasanya untuk men'describe' insan-insan yang meniru nie. aku nie bukanlah pandai sangat tapi tak pernah pun terlintas untuk aku meniru. secara jujurnya aku tak berani.
Jangan pandang-pandang
Oh lagi satu ditambah dengan ayat berbelit, mungkin juga aku bakal menggunakan terma undang-undang dalam entry ini disebabkan masih belum puas mencoret perkara tersebut diatas kertas jawapan sebentar tadi. maaf seandainya kalian kurang memahami.
Aku rasa sekarang nie hard disc dalam otak aku semakin 'kong' disebabkan terlalu banyak menghafal kes diikuti akta-akta yang 'pelik'. oh tidak! aku dapat rasakan medulla ablongata aku semakin membengkak. eh2. lebih-lebih la pulak.
ni otak aku. terima kasih google.
Kecurangan akademik nie kalau kita nak gunakan bahasa undang-undang bolehlah disebut sebagai frod. menurut seksyen 17 akta kontrak, frod ialah perbuatan yang dilakukan oleh suatu pihak yang membuat kontrak atau oleh agennya dengan niat untuk memperdayakan pihak lain.
Jangan la korang terima terus definisi tu. sesuaikan la sikit dengan topik kita.
Ok lah sebenarnya aku nak cerita, masa exam law tadi ada orang meniru. siapakah? ce cite ce cite. beliau adalah seorang chienese guy yang duduk berdekatan ngan tempat duduk aku. mula-mula dia duduk aku tak sangka pulak dia nie pen'tiru'. muka dia dah la ala-ala pelakon korea. bak kata orang innocent gitu.
hah lebih kurang camni la
seriously aku pun banyak lupa akta-akta tapi tak perlu la nak meniru rasanya. geram betul aku! apa-apa pun lu pikir la sendiri, mungkin sekarang selamat tapi bak kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua! ok dah keluar peribahasa nampaknya. bye. :-p
notakakilima: tak mungkin 'beliau' baca blog aku tapi apa-apa pun SILA TERASA. oh ya toyol bermaksud membawa nota untuk ditiru bukan toyol betul.
3 comments:
toyol betul tu mcm perli aku je. hahahaha. kite bako je chinese tu! hahahaha
setuju!
aku de sesuatu yg xstju!!!!!nape ko gne gmbr pkwe untk mggmbrkn toyol 2???hahaha...cian siwon aku,,,hihi
Post a Comment