Ni entry pertama aku cakap pasal barang makeup. Actually aku ni bukan tak minat benda-benda yang girly ni tapi masalahnya aku tak reti. Aku tengok orang pakai makeup cantik je. Bila aku try, dah macam hantu tepung gomak je jadinya. Macam conteng muka sendiri pun ada. Aku ada gak beli makeup macam eye shadow and maskara semua tapi jarang sangat aku pakai.
Sekali sekala tu ada jugak aku try pakai. Ye la, sayang kot beli mahal-mahal tapi tak pakai. Tapi hampeh. Comot gila jadinya muka aku. So bila keluar aku cuma pakai bedak compact je.
Cut the crap.
Sebenarnya aku nak tunjukkan satu produk ni. Aku tak sure la kalau produk ni dah lama tapi aku baru notice kewujudan dia. Memperkenalkan Loreal Roll On True Match.
First time tengok produk ni rasa cam best sangat sebab senang nak apply kat muka. Ada span boleh golek-golek kat muka. Best sangat. Tak payah pakai jari pun boleh. (merujuk kepada iklan sunsilk dulu-dulu) Colour dia pun sesuai ngan kulit orang asia so bila pakai nampak natural je. Jom la kita beli ramai-ramai.
Merujuk kepada iklan di atas. Adakah selepas menggunakan Loreal Roll On True Match ni muka aku serta merta akan bertukar menjadi cantik seperti Aishwarya Rai?
Tak semena-mena perasaan membuak-buak nak beli produk ni dengan kadar segera. Harga tu lain kira asalkan muka ada santeek. Ok la jangan buang masa. Aku rasa la kan nanti bila pakai Loreal Roll On True Match ni, muka aku akan bertukar jadi cam kat bawah ni. Ok tak lawak.
Tolong katakan serupa untuk jaga hati aku
credit to Fatin Liyana
notakakilima: muntah hijau tengok muka sendiri. perlu beli Loreal Roll On True Match dengan kadar segera. hehe
5 comments:
rasa macam nak kena belaja mekap jugak la,,hehe
@EruzuLiyana jom la kita join grooming workshop sama-sama. haha.
salam kenal
intan follow sini tanda persahabatan
keep in touch dear !!!
patutla cantik...dia pakai loreal ;)
HAHAHA .. gmbar last tuuu ... :)
mest mahal kan produk nee .. keje dulu lah baru nk merasa ~ hihih ..
yeke ?
cam best ja.
:))))
Post a Comment