Wednesday, February 1, 2012

Duit oh duit

Assalamualaikum.

Orang kata duit tak menjamin kebahagiaan. Aku pulak kata tanpa duit susah nak bahagia. Bukan semua orang kat dunia ni senang, banyak duit. Bak kata orang petik jari boleh dapat duit. Kepala hotak! Dunia dah canggih sekarang ni. Dinding pun boleh keluarkan duit. Aku merujuk kepada mesin atm ok! Apakah yang aku merepek tak ketahuan di awal entry ini?

Senang cerita aku nak cakap pasal duit. Aku merepek meraban panjang-panjang pun orang bukan nak baca sangat. Biarlah entry-entry aku kekal menjadi Epilog Seorang Aku yakni satu kesimpulan pendek dari apa yang aku perkatakan.

Kalau dulu-dulu duit RM100 tu nampak besar sangat jumlah dia. Tapi kalau sekarang ni ada orang bagi aku RM100 dengan selaju kelajuan cahaya pun aku boleh habiskan. Beli benda tak berfaedah je pun. Sekelip mata habis. Acane tu?


kalau dapat duit sebanyak ni. akulah insan paling bahagia di alam semesta.


Sekarang ni aku tengah cuti sem sebulan. Kerja pun takda bermakna duit pun tak masyuk la. Kalau dulu boleh bergantung harap pada duit ptptn tetapi sekarang tidak lagi. Duit ptptn dah lama habis. Keinginan nak beli baju, kasut, shawl membuak-buak tak ketahuan dalam sanubari aku ni. Betul la kata orang perempuan ada sembilan nafsu. Salah satunya berbelanja! hoyeh!

Member aku pernah tegur pasal tabiat berbelanja aku ni sebab dia tahu aku ni boroi. ops tersasul boros. Tapi ada betulnya gak apa yang dia cakap. Kalau sekarang ni pun aku tak boleh kawal nafsu berbelanja aku camna bila aku dah kerja nanti. Mana nak cekau duit sewa rumah, bayar kereta, api, air, hulur kat mak bapak lagi. Tu belum kira kos nak shopping. Itu wajib. Boleh botak dibuatnya.


“Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” 
(al-Israk: 26 – 27)









notakakilima: jangan syorkan aku buat partime MLM kerana itu sangat tak cool dan aku tak berminat.