Sunday, February 12, 2012

Ada apa dengan 12 Februari?

Assalamualaikum.

Hari ni hari apa? Efek mata bersinar blink-blink tak semena-mena mengharapkan jawapan. Hari ni hari ahad bersamaan 12 Februari. Ada apa dengan 12 Februari? Pegi check kalender sekarang.

Hari ni merupakan hari aku selamat diberanakkan ke alam fana ni oleh mak aku. Hari di mana aku telah berjanji dengan Tuhan untuk patuh segala suruhan-Nya. Tapi malangnya aku manusia yang banyak khilaf. Aku banyak berdosa. 21 tahun, satu tempoh yang pendek. Aku sedar aku banyak kekurangan. Aku bukan manusia sempurna. Aku cuba menjadi seorang yang lebih baik. Mungkin bermula hari ini. InsyaAllah.

Ni azam umur baru aku. Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur untuk bernafas di bumi ni. Tak sangka aku dah tua. Dah layak mengundi pun. PRU 13, here i come!! Orang pertama yang wish birthday aku tak lain tak bukan encik celcom! Nak dapat call free seminggu la katakan. Nak call sapa la gamaknya.

Tak banyak pun birthday wish yang aku dapat memandangkan aku bukan retis lagipun tak ramai yang tahu tarikh birthday aku. Sebenarnya malu nak bagitahu orang yang aku dah tua. ahaks.


aku seorang yang perahsia


Kepada yang ingat birthday aku tu terima kasih tak terhingga. Aku terharu. sobs. sobs. Alang-alang menyeluk pekasam sertakan la sekali ngan hadiah. Bukan selalu nak bagi aku hadian ni. By the way seiring dengan umur yang makin meningkat aku harap aku jadi lebih matang dalam semua benda. Insyaallah. Doakan aku. :)







notakakilima: ada sapa-sapa share birthday sama ngan aku. sila angkat kening.

7 comments:

Ainaa Ramzani said...

Hahaha :D Sanah helwah! May Allah bless you and keep updating, your blog rocks ;D

Ain Shakirah said...

hepy besday. may ALLAH bless u owez :) salam perkenalan.

Unknown said...

hapy besday yunk...
kalau x rahsia mesti dapat hadiah taw.. heheh
semoga panjang umo,sihat sentiasa... hapy n tercapai cita2 k.. :))

Nurafizah Che Ap said...

@Ainaa Ramzani celah mana yang rocknya dik oi? btw thanks. hehe



@Ain Shakirah thanks. salam perkenalan.



@Dalila Binti Misman mana hadiahnya? hehe. thanks.

Khuzrin Kamarudin said...

Wahlawu. Selamat hari lahir jadinya. :)

Sarah Mohd Saleh said...

eceh2...dah tua dah dieee..epi belted burpdayyyy dearrr ;)

semutsengal said...

selamat ulang tahun yaa.