Monday, August 8, 2011

Contest sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum.

Bulan puasa ni mesti ramai yang bosan kan? apa kata korang join contest ni. untuk pengetahuan korang contest ni bertarikh tutup pada 1 shawal. pemenang akan diumumkan secepat mungkin. penganjur contest terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

  • Contest kereta paling laju
Contest ini berlangsung sepanjang perjalanan pulang berhari raya ke kampung halaman. pertandingan sebegini kerap kali berakhir tanpa pemenang apabila semua pesertanya mengalami kemalangan sesama sendiri dan terpaksa beraya di hospital berhampiran.
  • Contest kumpul duit raya
Contest ini terbuka untuk kanak-kanak sahaja. objektif pertandingan ini hanya satu iaitu mendapatkan duit raya sebanyak mungkin dengan apa cara sekalipun. para peserta dibenarkan beraya di sesebuah rumah seberapa kerap yang mungkin asalkan tindakan ini tidak disedari oleh tuan rumah terbabit.
  • Contest meriam buluh antara kampung
Pertandingan ini melibatkan dua buah kampung yang bersebelahan. dentuman meriam buluh bersahut-sahutan memecah keheningan malam Aidilfitri diselang-seli dengan tangisan anak-anak kecil yang terkejut serta disusuli dengan pekikan para ibu yang kurang bersetuju dengan pertandingan yang kurang bermanfaat ini.
  • Contest kuih raya
Rumah yang menyediakan kuih raya paling banyak akan dikira sebagai pemenang. kuih raya hanya dinilai berdasarkan warna dan bentuknya yang pelbagai. kebiasaanya kuih raya tersebut hanya memiliki rasa yang sama sahaja.
  • Contest langsir paling canggih
Pertandingan ini hanya terbuka kepada suri rumah sahaja. persediaan untuk pertandingan kebiasaanya telah bermula sebelum ramadhan lagi. walaubagaimanapun kos untuk pertandingan ini agak tinggi dan kebiasaannya diperolehi daripada wang bonus si suami.
  • Contest pelita paling banyak
Kemenangan diberikan kepada rumah yang paling terang benderang. untuk memenangi pertandingan para peserta akan melakukan pelbagai teknik kreatif bukan etnik kreatif ok dalam menambahkan bilangan pelita mereka termasuk merampas pelita milik jiran sebelah tanpa keizinannya.











notakakilima: mari-mari kita menjoinkan diri.