Thursday, July 14, 2011

Rahsia cemerlang BM

Assalamualaikum.

you inspire me.


Entry kali ini adalah hasil kerjasama dengan pak cik Karam di laut asam di darat. eh terover pulak. tapi saya rasa la kalau pak cik jadi cikgu Bahasa Melayu saya, nescaya saya akan mendapat markah yang gilang gemilang dan bersesuaian dengan kehendak mantan perdana menteri kita iaitu Cemerlang Gemilang dan Terbilang. tidak syak lagi. ini serius. 

Saya peminat pak cik Karam Singh Walia. percayalah! 

Tak percaya?

Peribahasa di bawah telah saya kumpulkan dan sering saya jadikan rujukan setiap kali membuat karangan Bahasa Melayu. inilah formula rahsia saya mendapat A1 dalam Bahasa Melayu. ini buktinya : -

  • Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.
  • Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
  •  Tiada rotan, pelempang pun berguna.
  • Biar lambat, asalkan tak cepat.
  • Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
  • Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.
  • Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
  • Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.
  • Secupak takkan jadi 18 cupak.
  • Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.
  • Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
  • Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.
  • Alang-alang mandi, biar guna sabun.
  • Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
  • Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.
  • Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
  • Hidup segan, mati di tanam.
  • Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
  • Lembu punya susu cap teko dapat nama.
  • Sehari selembar benang, lama-lama benang habis.
  • Jika kail panjang sejengkal, belilah yang panjang sikit kalau nak mengail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
  • Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
  • Membujur lalu melintang pukang.
  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan.
  • Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
  • Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.








notakakilima: sambil baca tu, korang buat la gaya tangan dia sekali! hahaha.

4 comments:

arituarini said...

cuak aku peribahasa ni..

tmbah satu...biar mati anak jangan mati pucuk.. kih kih.. bleh ke mcm ni..hehehehe

Nurul Shaheedah said...

ahahahahahahaha. bengong lah bengkok ni. terbahak2 aku.

Liyana Zahim said...

Die da tadek da skrg.. Ade krisis ngan org melayu dlu~ Heheh~

Unknown said...

hehhe. aku sgt suka jenis post lagu nih. cayalah der. wa tabik spring sama hang!