Saturday, July 9, 2011

Aku, pak cik & rokok Dunhill

Assalamualaikum.

Sekarang aku kerja cashier. Nak dijadikan cerita kat belakang tempat cashier tu ada rak jual rokok. Ala macam kat pasar-pasar mini selalu ada tu. Rak kaca tu la. Sepanjang aku kerja ni macam-macam perangai customer aku jumpa.


Situasi Satu

“Adik bagi rokok yang tak membahayakan kesihatan” 
“Hah (terpinga-pinga). Ada ke?” 
“Bagi pak cik rokok yang sejuk” 
“Menthol ke?” 
“Ha! Pandai pun. Bagi Dunhill menthol satu”
“(bagi rokok) RM 10”


Situasi dua

“Adik rokok Dunghil ada?” 
“Hah! Rokok apa?” 
“Dunghill la. Tak dengar ke?” 
“Dunhill ke?” 
“Ye la Dunghill” 
“(dalam hati) sebut pun tak betul ada hati nak hisap rokok.”

Situasi tiga

“Bagi Dunhill satu” 
“Nah. RM 10 pak cik” 
“(belek-belek kotak) Adik tukar gambar kaki boleh?”   
“(dalam hati) camtu pun boleh”








notakakilima: rokok membahayakan kesihatan. kawan aku cakap DUNHILL akronim untuk
  • D unia
  • U mpama
  • N eraka
  • H idup 
  • I barat 
  • L ayang 
  • L ayang


cis baik mati kalau camtu. ops..