Sunday, May 8, 2011

Seminggu sudah berlalu

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak update blog. kalau tinggalkan rumah nie confirm dah bersawang. siap dengan habuk semua lengkap. bukannya aku tak nak update tapi mungkin masa tak sesuai. entry terakhir aku pasal balik kampung. faham-faham je la bila dah balik kampung tu. line bukannya ada pun. kalau ada pun macam la aku rajin sangat nak update.

Dipendekkan entry sepanjang study week kat kampung aku memang tak study langsung. nama pun balik kampung mana nak ingat study dah. ada member aku sorang tu dah habis exam pun. sakan la dia mengajak aku meronggeng. cobaan.

Aku pulak macam tak sedar diri, padahal belum exam lagi tapi gaya macam dah cuti sem. balik je universiti baru la mula tergedik-gedik cari buku nak study. tu pun belum tentu study lagi. banyak sangat dugaan saban hari ni. dengan online, tengok movie, perghh apa lagi. insafla fiza.

Ni sebijik cam aku.


Ok la tak boleh merepek meraban banyak sangat nanti lagi aku tak ingat nak study. dah la banyak lagi nak kena tengok balik. dalam otak nie memang zero la. dah macam tak pernah belajar sebelum nie. sabar je la.








notakakilima: betul la 'melayu mudah lupa'. kononnya nak study less learn more. macam hampeh.

0 comments: