Assalamualaikum.
Pagi tadi aku bukak fb. Banyak sangat member aku share artikel pasal "Tinggal ibu di hotel bajet". Masa tu memang tak terdetik nak bukak pun. Tapi tadi aku bukak gak. Baru je tengok gambar, bertakung air mata aku weh. Pastu tengok video pulak. Menitik gak air mata ni. Tak boleh tahan dowh.
Teringat mak aku kat kampung. Ni yang malas ni. Aku kalau dah homesick teruk sangat boleh menangis sorang-sorang dalam bilik. Kau tengok je aku ganas tapi hati aku ada taman. Berbunga-bunga lagi guwa cakap sama lu.
Sapa la yang bongok sangat buat camtu? Apa la salah mak tu. Kau tak pernah dengar pepatah syurga di bawah tapak kaki ibu ke? Setitik air mata ibu jatuh, selautan dosa kau dapat. Kalau dah camtu kau buat kat mak kau bukan setakat syurga bau syurga pun kau tak layak tahu!
Masa kau kecik dulu ada ke mak kau tinggal kau kat hotel bajet camtu? Nak cakap bodoh tak sampai hati tapi aku rasa otak kau dah overload sampai tak boleh fikir mende. Kat mak sendiri pun sanggup buat camtu. Kalau dah tak mampu jaga sangat p la hantar kat rumah orang-orang tua. At least kat situ makan minum dia ada orang jaga!
notakakilima: ada yang kata anak dia accident. aku tengah emosi. maaf.
7 comments:
sgttt kejammm!ishhhhh minx diberi balasan
@Sarah Mohd Saleh tahu takpe. kesian tengok mak cik tu.
memang sangat menyedihkan :'(
@nanad kalau tengok video dia lagi sedih. :'(
seriously sape yg tinggalkan mak tuuu , mmg tak kenang budi .
hargai laa ibu bapa kite mase mereka msh ade kan :)
@gdsbnga tahu takpe. anak derhaka betul!
@teha setuju!
Post a Comment