Monday, May 28, 2012

Sakit

Rasa 'sakit' saat merasa tidak punya siapa, jujur sangat perit ditelan, sangat sukar dilalui bahkan sangat menyedihkan bila di ingat. Tiada telinga untuk mendengar. Tiada bahu untuk bersandar. Tiada siapa untuk meluahkan rasa dan tiada apa yang terluah.

Namun saat itulah hati memujuk,


"Wahai diri, Allahkan ada. Allah itu sudah lebih dari cukup untukmu. Allah tidak mengutuskan kamu sesiapa kerana Dia cuma mahu kamu berkongsi peritmu hanya padaNya." 

Ya Allah, hilangkanlah rasa gundah di hatiku.  ♥







notakakilima: jangan mengeluh. :')

Tuesday, April 24, 2012

Doa

Ya Allah,
Seandainya Engkau telah catatkan dia milikku dan tercipta untukku 
satukanlah hatinya dengan hatiku
berikan kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi
seiringkan kami melayari bahtera hidup ini
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah,
seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan
berilah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agar aku boleh bahagia walau tanpa bersamanya

Ya Allah Ya Tuhanku
pasrahkan aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau maha mengetahui segala yang terbaik untuk hambaMu ini.

Ya Allah Yang maha mengasihani,
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
seterusnya menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai.

Amin Ya Rabbal A'lamin. ♥