Sunday, May 15, 2011

Empat pergi, dua menanti

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ni aku menghadapi masalah kesusahan melelapkan mata atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai insomnia. aku pun tak tahu kenapa. tiap malam online je keja aku, study tak pun. haish. Sebenarnya tu bukan tujuan sebenar aku menghapdet blog nie, tapi sebaliknya nak berkongsi "kegembiraan" aku yang telah men'settle'kan 4 paper exam dengan "jayanya".

Paper keempat aku adalah Elementary Statistics. setiap soalan aku jawab dengan senyuman 5 inci. pergh memang senang giler wa cakap sama lu. kalau boleh aku rasa macam nak tanya je pembuat soalan tu.
" tak boleh buat susah sikit ke? aku terasa genius la jawab soalan senang-senang nie"
Giler riak. sila pilih sama ada anda mahu menampar aku mensepak aku. ok boleh lupakan kerana semua adalah dusta belaka. serius soalan sangat susah. habis teori achimedis aku keluarkan tetap tak boleh jawab. eh ada kaitan ke? lantak la yang penting aku tak boleh jawab. aku tak suka! T_T

Paper seterusya adalah Business Law dan jugak Finance. 23 dan 24 Mei. secara jujurnya aku memang tak study lagi. memang tak da kesedaran la aku ni walaupun 4 paper dah down. mood sekarang adalah meronggeng sementara menunggu 23 haribulan. apapun aku tak sabar nak mengucapkan..
Selamat Tinggal UUM!!

pehal gambar dewan mas muncul tak semena-mena.






notakakilima: selamat tinggal dean list. harap sem depan awak jangan jauhkan diri dari saya lagi ye.


9 comments:

Rawkzell said...

steady la UUM

Nurafizah Che Ap said...

jeRza: UUM terbaik disitu. ^^,

Unknown said...

selamat sukses. uum stai baq ang!

Nurafizah Che Ap said...

nub: sukses selalu. hehe

Anonymous said...

i've found ur blog.. =)

redridingbow said...

curik2 bace blog neh =)..if minat jom join my ga

redridingbow said...

curik2 bace blog neh =)..if minat jom join my ga

Cetusan Nurani said...

salam ta'ruf saudari...

♥♥ miracle ara ♥♥ said...

hi,nice blog la:)
i'm new in blogger...
be a my follower k...
keep in touch ;p